Pages

9.6.09

Sebiji Limau .

Bismillah.

firman-Nya:
'sesungguhnya engkau(Muhammad) sungguh-sungguh bepekerti luhur'





Satu kisah yang mana ketika itu,

Rasulullah saw sedang duduk bersama-sama sahabat baginda, tiba-tiba, seorang wanita kafir yang tua datang menuju baginda. Lalu wanita kafir itu memberi baginda sebiji buah limau. Rasulullah saw menerimanya dengan senang hati. Baginda pun mengopek buah itu lalu memakannya. Sahabat-sahabat berasa hairan keran kebiasaannya baginda sentiasa berkongsi makanan dengan mereka, tetapi kali ini tidak.

Setelah baginda sudah selesai memakan buah itu,baginda mengucapkan 'terima kasih lalu wanita itu pulang, setelah wanita itu pulang sahabat-sahabat bertanya kepada baginda,

' Ya rasulullah, kami berasa hairan mengapakah engkau tidak berkongsi makanan mu seperti kebiasaan..?'

'wahai sahabat-sahabatku...aku takut bahawa kamu semua akan mengenyitkan mata kamu ataupun memarahi wanita itu, kerana buah limau itu sungguh masam. Aku takut bahawa kamu semua akan menyinggung perasaan wanita itu...'

setelah wanita itu pulang kerumahnya, dia berasa sungguh kecewa kerana tujuan dia berikan buah itu adalah untuk memain-mainkan baginda dan sahabat-sahabat baginda, tetapi telah di gagalkan oleh akhlak Rasulullah sendiri.

Allahu'alam.