Pages

24.11.10

bina strategi, mengisi hati.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

cuti sekolah sedang dilalui. tetapi menjadi hamba, tiada cuti pastinya. kerana itu, ku menulis agar medium dakwah ini terus bergerak.




untuk persiapan diri, merasai bahawa tahun depan adalah tahun bermakna juga tahun serius, usaha memenuhi masa dengan baik saya ikhtiarkan. berharap yang amat dipermudahkan segala pastinya ;)

**************

hidup ini perlu merancang 'strategi'. untuk mencapai matlamat besar, keredhaan Allah pastinya. begitu juga cuti. mungkin di madrasah kita sering kali mendengar peringatan, teguran, tazkirah, ucapan. didekatkan dengan sahabat-sahabat dalam bi'ah solehah. kerana itu, pabila cuti hati terasa kosong. inilah asbabnya perlu untuk kita bina strategi.

perkataan strategi mungkin sekali 'nampak besar' bagi kita. tidak perlu untuk kita ambil pensil, set masa aktiviti atau buku apa seterusnya, seterusnya dan seterusnya agar hati ini terisi. bagi yang pandai tepati apa yang dirancang, tidak salah untuk diteruskan. juga amat digalakkan.

tetapi ada satu jalan yang amat mudah dalam mengisi hati. mudah amat bagi sesiapa yang pernah merasai.

strategi mudah itu, cukup sekadar untuk kita sentiasa mendampingi al-Quran. kadangkala perkara yang kecil tetapi amat besar kesannya, seringkali tidak diamati.




mendampingi al-Quran. bagi yang merasai, pasti tidak menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh. kerana selagi mana kita bersama al-Quran, pertalian kita dengan Allah pasti terus utuh, utuh dan utuh.

dalam melakukan sesuatu, niat itu perlu didahulukan. jika al-Quran itu kita amati hanya kerana pahala, sedikit rugi bagi kita. bahkan, al-Quran itu diturunkan sebagai 'peta hidup'. dan sebenarnya lebih baik jika ambil dan tahu apa yang mahu disampaikan oleh Allah. kerana itu, tidak salah jika makna ayat-ayat tersebut kita amati sekali.

konklusinya, al-Quran itu strategi mudah. kerana dengan amati ayat-ayat tersebut, kita dapat merasai manisnya iman itu. apatah lagi dalam erti mengisi hati. hakikatnya, kembali kepada Allah adalah jalan terbaik.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

[13:28]

az-zikr bersama!

7.11.10

usaha terDahulu ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

imtihan sudah dilalui. sebenarnya tiada ada apa-apa yang mahu dicetuskan. hanya mencari 'ibrah sepanjang melalui segala.


'dan hanya kepada Tuhanmu, kamu bertawakal'

sejujurnya saya ambil mudah peperiksaan kali ini. keputusan 'imtihan, sudah dijangka amatlah tidak memuaskan ;)


******************

saya tersenyum, pabila melihat pensil yang menari-nari ditangan sahabat-sahabat untuk menjawab soalan. 'imtihan ini 'sunnah pelajar' rupanya. pelajar akan lalui 'imtihan. 'imtihan akan menyerang pelajar. dan begitulah seterusnya..

malah hakikatnya, kini, kita juga sedang berada di dalam ''imtihan'. 'imtihan akhirat untuk pengumpulan amal pastinya.

hakikatnya, bukan hanya di sekolah digelar 'pelajar'. kita sentiasa belajar dalam kehidupan. tetapi bergantung kepada pemilik jasad itu. mahu mangambil 'ibrah lalu memikirkan tentang apa yang dilalui, atau sebaliknya. oh. 'sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir.'

kalau dilihat, pergantungan kepada Allah itu adalah asas. pergantungan itu bermakna kamu berserah dan mengharap hanya kepada Allah. juga segala-galanya hanya kepada Allah. manusia itu lemah. jika Allah tidak memberi kekuatan atau mengizinkan untuk kita mengangkat segelas air, gelas itu pasti tidak akan terangkat.

jelas. manusia itu memerlukan pergantungan. baik. saya beri satu analogi pendek.

seekor ikan memerlukan air untuk hidup. kerana untuk hidup, dia perlu bergantung kepada air dan akan mati jika sebaliknya.

begitu juga manusia. manusia memerlukan Allah, tempat 'bergantung' dalam hidup. bahkan hidup tanpa rahmat Allah hakikatnya tiada gunanya. benar, amat perlu usaha dalam mencapai sesuatu. kerana itu, setelah usaha hanya kepada Allah kamu berserah dan mengharap.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[94:7-8]

az-zikr bersama!