Pages

7.12.12

Menyantuni manusia.

Alhamdulillahi rabbil 'alameen.

Bersyukur saya kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikecapi, dinikmati, dilalui, diselami. mashaallah (: chenta dan kasih sayang itu juga satu nikmat.. iye tak?

Ukhwah itu nikmat yang terbesar selepas imaan.

Umar-alkhattab pernah berkata :

'Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan Islam ialah memiliki sahabat yang soleh jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka penganglah ia bersungguh-sungguh.'

*dush. manisnya.


Tidak semestinya dengan manusia yang sebaya dengan kita. Kadang-kadang mereka yang tua dan jauhnya jarak daripada kita, boleh sahaja wujudnya kasih sayang di situ. ukhwah tidak kenal siapa. sama ada fakir, kaya, lemah, tinggi, tua atau comel. Semua dapat rasai dengan izin Allah.

yosh.

Kita dapat rasai jika 'tragedi manis' atau ukhwah itu memberi kesan yang sangat dalaaam, dalam hidup.

*ey.mesti ada sesuatu yang saya rasa sehingga ingin mencoret tentang ini -_-

sehinggakan, kadang-kadang ukhwah menjadi satu momentum untuk kita bergerak! tahu? cuma.. ada beberapa punca yang boleh merosakkan tautan-tautan hati tersebut. Dua benda yang tidak akan lari.. adalah syaitanirrojim dan nafs. Bukan nak salahkan dua 'orang' tersebut. dan sebenarnya bergantung pada diri kita juga. bergantung pada.. iman. serta hubungan kita sebagai 'abid dengan Tuhan peguasa alam, Allah Ta'ala.

dan asas kemanisan adalah keikhlasan. semoga.

cumanya, pernah dengar apa itu su'udzhon? *ya, anda pernah.

Bersangka buruk adalah apabila kita berprasangka tidak baik tentang seseorang sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya niat seseorang itu. mungkinkah baik. baik dan ingin membaikkan. membaikkan dan ingin membahagiakan. ah. yep, kadang-kadang manusia tidak menghargai. tetapi percayalah. segalanya menuntut pengorbanan. kebaikan, chenta, dakwah itu menuntut pengorbanan. Mungkin manusia tidak pernah tahu.. berapa banyak, bagaimana, bila kita berkorban.. tetapi Allah yang menggerakkan hati kita itu tahu. Dia yang Maha Mengetahui.

*moga Allah ampuni diri saya.

ey.

kadang-kadang kita merasakan, si fulan itu merendahkan kita walhal dia sebenarnya membangkitkan kita. si fulan itu merosakkan situasi, walhal dia yang cuba ingin cantikkan kondusi. si fulan itu tidak berpuas hati, walhal dia yang rasa bersyukur tiada henti. 

bahkan lagi dahsyat.

pabila kita prasangka buruk dengan Tuhan kita sendiri. Siapa kita ingin menuding jari membuat penilaian terhadap Tuhan yang telah menciptakan kita dengan penuuh teliti dan kasih sayang. *dush. Bahkan, terima kasih Allah, atas segala nikmat dan ujian yang telah diberikan.

Hamdulillahi rabbil 'alameen.

*moga Allah jauhkan saya dari murka dan azab-Nya.

Baik. 

'Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah ialah ithar.'

Jika tiada berlapang dada, maka peringkat apa lagi yang lebih rendah daripada 'serendah-rendah ukhwah' itu.. dan sebenarnya, perlakukanlah seseorang sepertimana kita ingin diperlakukan. Terimalah manusia sekeliling sepertimana kita ingin diterima.

Siapa kita mahu 'jugde' orang lain. Tiada berhak. Langsung. Moga Allah beri kekuatan untuk saya melakukan ini.

"Dan berpegang teguhlah kamu, semuanya pada tali agama Allah,janganlah bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu , sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara , sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana . Demikian , Allah menerangkan ayat-ayat -Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" Al-Imran -103

Setiap mu'min itu menguatkan yang lainnya. semoga.

Walaupun kelihatan kechil husnu'dzhon ini. Tetapi inilah yang memulakan paksi kemanisan.

Lihatlah bagaimana Rasulullah menyantuni manusia.

kepada seorang murabbiy yang saya kagum dengan husnudzhon yg ada padanya, terima kasih. Itu adalah qudwah yang sangaaaat memberi kesan.

Allahu'alam.

9.11.12

Hidup ini biar penuh ruhiyy..!


Hamdulillahi rabbil'alameen.

Sebenarnya hendakkan hidup yang bahagia, jangan lekatkan diri pada manusia atau dunia. Tapi, lekatkan diri pada tujuan, yakni menuju Allah. Biidznillah.~


Life must go on. Jadi.. baiklah...

***

Dalam merencana sesuatu, kita tidak boleh jangka bahawa perkara itu dapat dilaksanakan dengan baik dan ohsemmnyah. Kita merancang, tetapi Allah juga merancang..! ;)

Ok.

Tahun pertama saya tahu tentang tarbiyah tu, macam budak-budak innocent yang lain.. bak kata murabbi saya yang dichentai, masih segar dan boleh suap-suap nasi sesesuka hati kita. Sebab mereka ni bersih dan yang paling utama, senang dibentuk. [fullstop] maksud saya, majoriti dan yang pastinyalahhh..

Jadi, setiap apa seseorang yang masih mentah itu dapat, maka dengan itulah dia akan dibentuk. Hamdulillah atas apa yang Allah aturkan buat saya dan kamu. Tetapi, masih, hidayah tetap milik Allah yang 'Aliyy.

Sedang saya berjalan di kaki lima. Seorang ukht junior menahan saya lalu bertanya... 'Tarbiyah itu apa?'

Terdiam. Kumpulkan tenaga super-ruhiy..

Lalu,  saya menerangkan serba sedikit kepadanya dan dengan penuh azam akan updated dia di alam maya atau mana-mana ruang. Inshaallah.

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Yeh, dari kondusi junior itu, saya dapat tahu. Sebenarnya mereka ini mahu sahaja pengisian. Pentaujihan. Pembentukan. Cuma, kita yang perlu mulakan dahulu. Ibarat kita menulis sebuah buku, dan kita letakkan dalam almari sahaja, manusia takkan ambil, kecuali jika kita yang sampaikan~ biidznillah.

Moga Allah mudahkan segala.
Ameen.

30.10.12

Perjalanan hidup saya [1]

Hamdulillahi rabbil 'alameen.

Sebenarnya setiap hari kita diberi peluang untuk melakukan perkara-perkara yang dapat membawa manusia. Hanya terpulang kepada diri untuk melakukannya atau tidak.

:)



Weee~ ok. seriyus sebentar. Dalam makan ada matlamat, yakni untuk mengisi perut yang berkeroncongan menyanyi. Dalam belajar, ada matlamat, yakni untuk kita memahami erti hidup yang sebenar. Dalam berkomunikasi.. juga ada matlamat, yakni untuk meluaskan kefahaman, pandangan dan pemikiran. Apatah lagi dalam hidup, memaknawikan tujuan hidup yang sebenar itu suatu kemestian. Supaya kita lebih menghargai dan merasai bahawa hidup ini sangat bermakna!, semata-mata untuk pengabdian kepada sang pencipta.

***

Saya merasai tarbiyah ketika berada dalam tingkatan 1. Betapa peliknya dan ta'jubnya senior-senior bertungkus-lumus memegang erat kerja-kerja pengislahan manusia ini. Tidak penatkah. Mereka menyusun target. Menyusun program. Mengurus manusia dan follow up manusia. Oh tentu! Tarbiyah bukan sekali-kali terletak pada program, buku, tazkirah sahajeh, tapi setiap minit pembinaan diri kita itulah tarbiyah. Tarbiyah adalaaaaaah melahirkan orang-orang yang faham.

Jika diikutkan, sudah empat tahun saya merasai manis dan syoookkknyah tarbiyah! Tetapi, ehem. Berapa lama atau sekejapnya seseorang itu berada atas jalan tarbawiy ini bukanlah kayu ukur tahap kefahaman seseorang. Bukan sama sekali.

dan paling best dan gumbiraanya adalah, setiap perkara yang berlaku dalam empat tahun tersebut, saya melalui pelbagai cerita dan kisah. Sekaligus banyak mengajar saya. Kiranya apa-apa yang Allah aturkan semata-mata untuk 'mengajar' saya, inshaallah. Betapa, manusia-manusia yang saya jumpa, saya agak, [erk,agak?kih] ada sesuatu yang Allah nak ajarkan saya melalui manusia tersebut. Cuma kadang-kadang, saya menghargai merekakah. Allah..

'Jangan kamu bersedih ketika kehilangan sesuatu kerana hakikatnya kamu tidak pernah memiliki apa-apa pun, selain hanya pinjaman daripada Allah semata-mata.' -Khalid al-Walid-


Itu adalah detik secara kasar perjalanan saya, Allahu'alam! ;)

24.9.12

Tali temali itu!


al Hamdulillah.

Kadang-kadang hidup ini dirasakan ada satu ikatan besar yang menghalang cerah-tenang hidup di hadapan mata. Jadi, nak rungkaikan ikatan itu.. kembali kepada Allah. Nescaya lapang tak terkata! Tiada sempit yang akan dirasa ;) Inshaallah.

                                                  

                                                                               ***

Perancangan yang hebat. Strategi yang mantap. Kerja yang sistematik. Woah. Saya nak cakap fasal apa ini? ehem.

Baik. Andaikan, ada seseorang yang bernama Ali ingin mendaki gunung Everest yang tinggi memuncak itu [ umh, Allah maha Tinggi mashaAllah! ] , dengan kelengkapan yang dibeli dari kedai yang berjenama minggu lepas, baju kot tebal, helmet untuk keselamatan, tali dan pelbagai! Brahim pun dia tak lupa untuk beli.. kalau-kalau tengah jalan lapar ke..

Tetapi,

Tidak disangka-sangka, pabila pulang dari kedai alatan mendaki yang mewah lagi berjenama itu, Ali terjatuh ke dalam longkang. Sakit tidak terkata. Kaki luka besar. Besarrr.. tahu?


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

      Allah berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”  -ali Imran : 54-

Maka, tidak dapatlah beliau ingin meneruskan rancangannya untuk mendaki.

Segala yang berlaku bukan kebetulan. Tetapi, ketetapan.

Yup, mungkin kita rancang besar. hebat. besarrrr dan sangat hebat!

Tetapi, lupakah? Perancang yang lebih hebat dan lebih 'Aliyy itu datang daripada Allah Ta'ala. ;)

Dia yang menciptakan kita. Maha mengetahui lebih dari apa yang kita tahu. Dia yang memilih kita. Maha maninggikan dan merendahkan sesiapa sahaja yang Dia mahu. Jadi, terimalah seadanya apa yang berlaku! Woah. ini sungguh seronok.

Bukan nak kata bahawa biarlah kita yang hidup ini ikut sahaja ketetapan-ketetapan yang ditetapkan. Huit. Bukan. Allah yang hidupkan kita, jadi buat apa kita hidup kalau Allah dah tetapkan segala-galaNya untuk kita? 

Sebenarnya, di samping ketetapan yang Allah dah tetapkan, pilihan terletak pada diri kita sendiri. fehemtum. ;) Bergantung juga pada diri kita sendiri. Kita pilih apa? baik atau buruk? jalan itu atau jalan ini? Selamat melangkah!

Allahu'alam.



22.9.12

Pertemuan yang tarbawiy ~


al Hamdulillah.

'Bukankah hikayat itu banyak pengajarannya?' .21092012arabmockdebate.

Betapa jika kita rindu, segala memori itu akan terus terbayang di hadapan mata, umpama kita melaluinya semula. mahupun umpama diri berada di kondusi yang amat dirindurindukan itu!



***

Allah nak mengajar dan tarbiyah kita dengan pelbagai cara. Setiap manusia punyai berlainan kondusi daripada orang lain. Kerana dengan kondusi itu, dia akan dapat apa sepatutnya dia dapat~
Baik. analogi yang lebih mudah. Hiyaaa!

Orang-orang yang saya temui dan yang saya rapat lain dengan orang-orang yang awok temui. Jadi orang yang kita jumpa itu, tidak mustahil hanya datang sebentar dan terus meninggalkan kita. Walaupun sebentar...!? Tetap, dalam jangka masa yang sebentar bersama orang itu Allah mahu ajar sesuatu kepada kita. Secara mudahya, Allah menghantar manusia-manusia yang kita temui itu untuk mengajar kita. Pasti. Bukan suatu pertemuan yang sia-sia.

Yep. memang saya hargai dan mensyukuri segala aturan Allah. Inshaallah.

Pernah suatu ketika. Saya bertemu dengan seorang ukhti dari jb. Karakternya menarik perhatian saya. Tetapi, tidak pernah bahkan tidak sempat untuk bermu'ayashah walau sebentar kerana urusan saya dan dia dalam komitmen masing-masing sungguh padat.

Oleh sebab itu, saya hanya sempat memberi satu buku kecil dan meluahkan segala yang ingin saya luahkan kepadanya. Cuma menghulur. Tidak berkata apa-apa lalu pergi. Mukanya gembira tak terkata apatah lagi mukanya yang comel itu membuatkan saya rasa tenang. :)
Kemudian pabila tamat program, sempat lagi dia menghampiri saya dan menghulurkan saya sesuatu. Peluk erat. Air mata menahan. Serius jauh antara bangi dan jb! Pertemuan itu sungguh menusuk. Bahkan memberi impak yang besar untuk diri ini.

Ini adalah Tarbiyah. dan segala apa yang berlaku pada diri saya, semua adalah tarbiyah.

Don't depend to much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness. -Ibn Taimiya-

Allahu'alam.

13.8.12

Lazatnya! :)

Allahurabbiy.

Pergh. Penat menyengat. Kalau toleh kepala dah bunyi sendi-sendi tu. Tapi seperti kebiasaanlah, tak mahu kalau sebelum hempapkan kepala atas katil yang empuk tanpa buat apa-apa. Jadi, saya pilih ini. Mencoret untuk hari ini :)

HamduLillah.



11.8.12

19.5.12

Cetusan yang berlayar di lautan alam maya ;)

Allahurabbiy.

Saya sendiri rindu penulisan cetusanlayar. ok. teruskan wahai penulis .. :)


Petang ini moga petang yang menbawa saya bermuhasabah. Hari-hari. Setiap detik.

wa! sekarang masih lagi exam mode... Tetapi,


29.4.12

Chenta.

Masha Allah :)


Saya bersyukur.
Masih berpijak di bumi Tuhan. Bernafas di bawah langit yang biru.
Siapa sangka. Saya manusia yang banyak membuat kesalahan.
kesalahan. kesalahan demi kesalahan!
Sungguh,akan tetapi Allah maha penyayang.
Saya masih bernafas! :'D masih ada ni'mat iman dan Islam.
Masih merasai kemanisan demi kemanisan chenta fillah.
Sungguh. Jangan pernah berputus dengan rahmat Allah.
dan saya sangat rindu.


Masha Allah :)

***

Jadi matahari, jom ..~

13.4.12

Kembara .

Allahurabbiy.

Hikmah kembara menjadi halwa telinga kini :)


Sebenarnya kondusi dulu mengajar saya, dan Tuhan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

***

Kalaulah saya boleh menguasai masa. Saya ingin hidup dalam keadaan kini. Perasaan yang ada kini. Tetapi, tidak. Masa yang yang lepas sepatutnya mengajar kita. Bahkan, masa yang akan datang kita patut bersedia !

Berlari hingga hujung dunia , masih saya pegang sebagai prinsip. masha Allah :)

Mahu saja saya berdiri tegar untuk menjadi seperti mereka-mereka yang hebat. Tetapi, tidakkah sepatutnya kita menjadi diri sendiri. Malah, nilai-nilai yang lekat pada mereka yang hebat sepatutnya kita contohi.

Saya ada salah. dan mereka juga ada salah. Manusia :) bukannya malaikat . Apa-apa yang kita hadapi, ingat Tuhan .

dan ketika itu, saya akan berbicara sendiri, dengan sadisnya ;

'Allah yang beri kondusi ini. Maka beranilah..'

Lalu, angkat semula muka dan teruskan berlari hingga hujung dunia ..

Moga Allah permudahkan urusannya, saya, kamu dan mereka :)

17.2.12

Tenanglah ~

Allahurabbiy.
Saya tak letih ..


Bismika-Allahumma-ahyaa wa amutt .


***

Dua perkara yang saya akan buat untuk cari ketenangan.

Sendiri , bersama-sama Allah.

Duduk dengan mereka yang buat saya rasa tenaaanng seluas langit dan bumi :)

Baik .

Seorang da'ie, murabbi mahupun manusia seluruhnya, ujian itu akan Tuhan beri pada mereka. Maka, pada masa itulah, ketenangan yang tak tercari, kita cari dengan sungguh-sungguh. Allahuakbar. Serius, nikmat ketenangan itulah nikmat yang saaaangaat besar .

Ada manusia yang ada kawan, tapi semakin menambah kekusutan hati. Ada manusia yang ada kemewahan, tetapi semakin menambah resah dalam hati.

Sungguh. Tenang itu berharga untuk hidup ini.

Masing-masing ada cara sendiri untuk mencari tenang itu.
Maka, carilah :) wahai siapa jiwa yang resah .. ~

...

Saya tak letih.
Tapi, putus asa.
Kepada mereka yang bangkitkan saya. Kuatkan saya.
Terima kasih . [17/2]

2.2.12

Sungguh, manisnya T_T

Subhanallah TT
Jika diturutkan , mahu saja saya mengalirkan air mata ketika menulis coretan ini.
ya Tuhan terima kasih atas segala nikmat Mu .


Saya sedang merasai . Sungguh, manisnya ukhwah itu.

Ukhti ( Lebih baik rasanya digelar Murabbi :) itu, umur antara saya dan dia sungguh berbeza.

Baru beberapa hari sahaja ku mengenali dan menghampiri.

MasyaAllah ! Wahai Tuhan, moga perasaan dan tautan ini berterusan hingga ke Syurga..~ Aku mohon.. Amen3x !

Allah Allah Allah .
Subhanallah ^_^

7.1.12

Bangun dan sinarkan..~

Allahurabbiy.
Saya.. ragu-ragu.



Baru tiga hari sekolah. Banyak sahaja tragedi yang berlaku dalam dunia saya.
Haa. Durrah, duduk dalam realiti, bukan fantasi mahupun mimpi ..~ Allahuakbar.

***

Jangan fikir hati itu tiada Iman, selagi arahan dan larangan Tuhan itu kita pegang. Solat dan Quran itu biarkan sentiasa berkualiti. ya Tuhan, tunjukkan aku jalan..

Seorang junior berkata pada saya, 'Sekolah boleh laa, tapii, rasa lain. rasa keseorangan.'

Kalau kita yakin Tuhan itu wujud. Kita akan rasa berdua ^___^ Lapang dan tenang, Insyaallah. Yakin itu perlu.

Dan Tuhan akan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

Setiap apa yang ada di tangan dan suasana, perlu syukur. [Durrah, take note, please ! ngee.] kita tidak tahu. Mungkin itu perkara terbaik dan patut kita hargai sebelum ditarik semula nikmat tersebut.

Bekalan kekuatan untuk terus berlari. 'Gain faith' .Berlari hingga hujung dunia ! Sampaikan sinar mentari, biarpun sikit yang terkesan dihati :)

Allahu'alam.