Pages

15.11.11

Cebisan dari email (;

Bismillah ar Rahman ar Raheem.


Hujan lagi .




Email yang saya dapat fasal - 'Hubungan Kita Dengan Allah.'


***


Assalamu’alaikum warahmatullahi waborokatuh.


Apa khabar anda?


Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.


Sesungguhnya saya memuji Allah SWT atas peluang dan ruang yang masih Dia berikan kepada kita, peluang kehidupan yang diteruskan tanda bahawa Allah SWT masih cinta. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita satu persoalan:


“Kalau mati semalam bagaimana?”


Ya. Apakah jawapan kepada soalan itu?


Apakah jawapan?


Hanya diri kita sendiri tahu untuk diri kita. Kerana kita tahu apa yang kita telah lakukan.


Dan saya yakin, syurga bukanlah jawapan. Kerana kita hambaNya yang alpa, lalai, dan banyak dosa. Maka jika syurgaNya bukan jawapan kepada persoalan tadi, nyata tindakan Allah SWT menghidupkan kita pada hari ini adalah tanda Dia masih cinta.


Rasa berdosa di dalam jiwa, itu juga tanda Dia masih cinta.


Maka muncul satu lagi persoalan.


Bagaimana pula kita dalam membalas kasih dan cintaNya ini?


Ya.


Mari kita duduk renung sejenak pada hari baru yang Allah SWT berikan kepada kita. Hari ini. Ya. Saat anda sedang membaca email ini, dan saya yang sedang menulis ini mengajak diri saya, mari kita muhasabah. Hari ini dengan apakah hendak kita isi?


Setelah Allah bangunkan kita, setelah Allah beri lagi peluang kepada kita, maka hari ini apa yang hendak kita lakukan?


Bukankah teramat kurang ajar jika hari baru ini sekadar kita isi dengan dosa-dosa semalam, pengulangan keingkaran lalu, dan terus-terusan berkeras untuk tidak tunduk kepadaNya?


Mengapakah kita tidak mula merancang, bergerak untuk berubah, walaupun sedikit, bermula hari ini?


Ya. Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.


Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.


Dialah yang menghitung amalan kita.


Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.


Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?


Bagaimana solat kita?


Bagaimana Al-Quran kita?


Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?


Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?


Email ini memberikan peringatan ini. Sementara kita masih ada nyawa, dan matahari belum terbit dari barat. Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat.


Semoga kita terus menjadi yang lebih baik hari demi hari.


Menjadi hamba Ilahi Yang Sejati!


***


#Ini adalah cebisan dari email yang saya dapat. Penulis sebenar adalah Hilal Asyraf. Lihat isi yang hendak disampaikan, bukan orang yang menyampaikan.


Allahu'alam.


14.11.11

Ikhtilat itu, bagaimana ?

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Hujan .


Suatu masa, seorang junior ini, minta apa-apa link fasal ikhtilat. Saya tak bagi-bagi. Hari ini baru saya cuba beri.

***

Ikhtilat bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan (;

Ini, dua contoh Insiden berchatting .

#contoh satu :

"Salam, tengah buat apa ?"

"Oh, tengah surfing internet. Kenapa?"

"Ini ada tugasan dari unit Tarbawiy, enta kene siapkan.."

#Ini pula contoh dua :

"Salam, Ini tugasan dari unit Tarbawiy untuk enta siapkan. Apa-apa soalan sila tanya ketua unit."

"Syukran,"


Hah, mana lagi baik? Pasti, ayat yang terus kepada perkara yang hendak disampaikan itu lebih baik, tidaklah nanti berbicara mengenai apa-apa perkara yang tidak perlu. Hanya pabila ada keperluan sahaja baru boleh mula. Ingat, keperluan .

Tak ke dalam Quran kareem ada cakap fasal ini,

"janganlah kamu mendekati zina."
[al-isra':32]

“Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka........Dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
[ An-Nur:30-31]


Kita ini hidup berTuhan, jadi mestilah ada peraturan, iye tak? Ikutlah untuk mendapat Redha Ilahi (;

Ini serba sedikit fasal ikhtilat. Saya bukanlah penghukum untuk menyatakan hukum ikhtilat. Jadi rujuklah yang sewajarnya.

Allahu'alam .

13.11.11

Jalan Ilahi .

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Innaallaha'ma'anaa ;)


Layang-layang. Pegang talinya kuat-kuat agar tak terlepas, agar tak terbang tanpa arah ;)

***

Aizat-Erti hari ini , sentiasa saja saya mainkan untuk mengisi ruang telinga ketika berblogging. Lagu itu lebih kurang fasal palestin (; mantop .

Kadang-kadang, pabila rasa seperti melakukan perkara yang sia-sia, terfikir juga.. bukan ke nanti kita ditanya apa yang kita lakukan untuk Islam semasa zaman remaja.

Apa yang kita[saya] usahakan ? :/

Pastikan segala perkara yang kita lakukan adalah perkara yang bermanfaat. Itu antara usaha mudah, antara usaha yang paling mampu, iye tak? Cuba, gerakkan hati, insyaAllah.

Sebenarnya apa yang kita cakap+sampaikan akan diuji pada diri sendiri pula. Allahummyassirliy! Yeh, cuti sekolah kali ini. Iman dan nafsu seperti mahu mengisytiharkan pertarungan. *eh, ayatt.

Sebenarnya, seluruh kehidupan adalah tarbiyah. Jika terasa kosong, maka usahakanlah untuk tarbiyah diri-bacaan islami, sirah nabawiy, Quran kareem. Cuma satu, pegang erat-erat jalan yang kita susuri ini. Agar tidak tersusur tanpa arah. Umpama tali layang-layang, yang mana jika terlepas, maka terbanglah di awangan tanpa arah (:

Allahu'alam .

10.11.11

Mencari Hikmah .

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Segala puji bagi Allah :]


Masa yang ada kita perlu manfaatkan. Kadang-kadang, berkata-kata itu lebih mudah daripada melaksanakan, saya akan cuba! :D

***

Yeh, pengalaman membina kematangan. Camping 2 hari semalam, banyak perkara yang saya dapat.

Hendak mengelak daripada perkara yang tidak senang, membawa saya berfikir, tak ke .. ada dalam satu ayat alQuran kareem fasal-kamu membenci sesuatu padahal perkara itu baik untuk kamu. Cuba cari dalam surah alBaqarah ayat 216.

Kita merancang, Tuhan juga merancang. Tetapi, apa yang Tuhan rancang adalah yang terbaik buat kita. Dalam semua perkara, kita perlu pandai mencari pengajaran, mencari hikmah.

Pada suatu masa, saat camping. Saya duduk sebelah seorang murabbi. Saya tanya satu soalan [ehem, soalan adalah rahsia :) ] , jawapan yang diberi berkait amat dengan hidup ini yang mana kita perlu pandai mencari hikmah atas setiap perkara yang berlaku. Tarbiyah. Belajar.

Eh. rindu deras air sungai yang mengalir .

Allahu'alam.

5.11.11

Salam.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Salam 'Aidiladhaa*


haa. Pabila 'aidiladha,sungguh, teringat kisah yang berkait dengan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail [salam sejahtera keatas mereka]. Pengorbanan dan ketaatan terpalit dalam kisah tersebut :)

Moga hari ini dan hari-hari seterusnya menjadi medan untuk kita terus-menerus bersyukur pada Ilahi.

*Sampaikanlah walau satu ayat .

HamduLillah.