Pages

23.7.10

maHu Islah, itu katanya.

Bismillah.

Langkahku terus. Terus ke dewan musollaa. kelihatan kelibat rakan-rakan seperjuangan berbicara seperti dalam halaqoh. oh. ku mahu turut sekali!



"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mata air - mata air"

[ Al-Mursalat : 41 ]


****************

al-maklum, kami diwajibkan berSTOngan. sejurus sahaja duduk bersama mereka, seorang sahabat menyapa ;

'eh. kalau kamu lihat rakan kamu yang berada dihadapan mata, tidak memakai stongan, apa kamu buat?'

'Tegurlah bilhikmah.'

'habis. kalau dia beri alasan? panas dan..........dan....dan................'


****************

Oh. pastinya amar ma'ruf nahi mungkar itu adalah tanggungjawab setiap manusia. bergerak untuk membawa. Apa yang disuruh, diajak pastinya sesuatu yang baik. dan yang baik itu datangnya daripada Allah. sungguh, sayangnya Allah terhadap hamba-hambanya.

Saat diri mahu diislah, ru'yah (pandangan) wa nasihah(nasihat) amatlah perlu. uh. tidak mustahil kita mahu terus melakukan kemungkaran. bukankah fitrah manusia itu suci? dan mahu kepada yang suci..

Segala yang Allah haramkan adalah perkara yang memudaratkan.

mahu lihat dengan lebih terang? baik. lihat zina. zina mancabuli maruah. Sudah jelas pada akhir zaman ini manusia membiarkan anak mereka yang baru lahir, yang baru hendak mengenali dunia, dibiarkan begitu sahaja di merata-rata. uh. benar, jawapannya kerana malu. Itulah hakikatnya Allah mengharamkan zina. Allah Maha mengetahui.

Oh. mungkin kamu mahu tahu lebih jelas. Kalau diri ter'makan' oleh hati seorang rijal, bagaimana ye? barangkali, mari cari 'ibrah di sini ( jikalau tidak keberatan) :)

atau mahu lihat perkara yang lebih mudah dan ringan, tapi dianggap remeh. Kita diberi 'aqal. pasti kamu dapat mengKONklusikannya sendiri.

semak solat itu sudah cukup indah.

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada keburukan dan kemungkaran"



Islah diri. ajak yang lain. agar dapat menyusuri jalan ke jannah bersama, insyallah. biiznillah.

Hamdalah. Az-zikr untuk diri yang sering lupa juga.

9.7.10

Qalbu.

Bismillah.

"ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui. dan jadikanlah daku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan."



"Manusia tidaklah digelar insan kecuali kerana kelupaannya. Hati tidaklah digelar Qalb kecuali kerana suka berdolak-dalik"


***************


ah. 'sakitnya' hati pabila sudah lama tiada pengisian.

Begitulah keadaannya sesetengah mereka di luar sana. yang sedang berdiri di tengah-tengah lautan manusia. sempit dengan kesibukan dunia. bi'ah belum pasti sempurna, apatah lagi hendak mandapatkan pengisian buat hati.

Hati itu hanya sekeping. bahkan hanya seketul daging. Tetapi, amatlah besar pengaruhnya. Umpama raja yang mempengaruhi rakyatnya. begitulah.


Rasulullah saw bersabda ;"Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati."

[ Riwayat Bukhari dan Muslim ]


Oh. bukan mahu mengatakan bahawa yang membezakan kita dengan manusia lain adalah hati. yang membezakan sudah pastinya takwa. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah..



hati yang baik pastinya dapat membezakan yang haq dan yang batil. jadi, isi dan rawat lah hati itu dengan baik.

6.7.10

merekaITU.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

"Akak! Cuba teka .. ayah dia tinggi, mak dia daun. Anak dia pula bulat .."



"Setiap bayi dilahirkan atas dasar fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi"

[Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim]



******************


Geli hati pabila melihat keletah mereka. Tambahan pula, jawapan yang diberikan ialah pokok kelapa.

Begitulah. Mereka menghayati walaupun tidak memahami. Sedikit demi sedikit sedang mengenal dunia, dunia yang dusta. Sesungguhnya ketetapan Allah itu cantik. Kita pernah mengalami zaman kanak-kanak seperti mereka. Zaman untuk mengenal.

Setiap ilmu manusia itu Bermula dengan kejahilan. Tetapi ilmu Allah itu tiada batasnya.

Mereka adalah generasi. Generasi yang akan menerajui dunia Islam. Bermula dengan kita. Kita yang menjadi qudwah, membawa dan memberi. Moga untuk itu, kita dipermudahkan oleh-Nya.

Sesungguhpun dunia mereka sedang mengenal. Barangkali, kita juga pernah
mengharunginya.