Pages

7.1.12

Bangun dan sinarkan..~

Allahurabbiy.
Saya.. ragu-ragu.



Baru tiga hari sekolah. Banyak sahaja tragedi yang berlaku dalam dunia saya.
Haa. Durrah, duduk dalam realiti, bukan fantasi mahupun mimpi ..~ Allahuakbar.

***

Jangan fikir hati itu tiada Iman, selagi arahan dan larangan Tuhan itu kita pegang. Solat dan Quran itu biarkan sentiasa berkualiti. ya Tuhan, tunjukkan aku jalan..

Seorang junior berkata pada saya, 'Sekolah boleh laa, tapii, rasa lain. rasa keseorangan.'

Kalau kita yakin Tuhan itu wujud. Kita akan rasa berdua ^___^ Lapang dan tenang, Insyaallah. Yakin itu perlu.

Dan Tuhan akan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

Setiap apa yang ada di tangan dan suasana, perlu syukur. [Durrah, take note, please ! ngee.] kita tidak tahu. Mungkin itu perkara terbaik dan patut kita hargai sebelum ditarik semula nikmat tersebut.

Bekalan kekuatan untuk terus berlari. 'Gain faith' .Berlari hingga hujung dunia ! Sampaikan sinar mentari, biarpun sikit yang terkesan dihati :)

Allahu'alam.