Pages

5.3.11

Transpirasi.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

suatu masa saya ke makmal sekolah. pelajari subjek sains bersama teman-teman yang saya chenta.


dia bertanya;

'kamu rasa hati kamu hitamkah?'

..dan saya merenung seketika lamanya.


********

ketika eksperimen(pokokDanTranspirasi) itu, saya cuba buka mata hati. mencari 'Ibrah yang menanti.

seorang murabbi berkata;

'kalau mahu Islah manusia, kita perlu ada kekuatan.'

sentiasa saja kita rasa bersemangat+kuat+bangga mahu Islah manusia apabila berada dalam bi'ah yang Islami. kerana bi'ah itu yang merangsang fikiran dan jiwa kita. mendekati rakan-rakan yang yang sentiasa memperingatkan, melakukan sesuatu secara jama'ie, diberi isi-isi tazkirah sentiasa dan pelbagai.

setiap manusia punyai zaman jahiliyahnya sendiri. kerana ilmu manusia semuanya bermula dengan kejahilan. tiada bayi yang baru lahir terus memahami setiap kata-kata. tiada manusia yang berilmu melainkan setelah dia berusaha mempelajari ilmu. sungguh, ilmu manusia itu bermula dengan kejahilan.

Dunia kini sedang bergelora dengan gejala-gejala yang amat dahsyat. masalah gay-zina-fitnah-sekularisme-perang dan pelbagai. mungkin kerana jahil atau tidak. bagi mereka yang buka pintu hatinya, salah untuk dia membenci orang yang jahil melakukan perkara seumpama itu. tetapi, benar jika dia membenci kejahilan yang ada pada seseorang itu dan cuba untuk perbaiki mereka.

semua boleh mengajak. semua boleh berda'wah. dan kerja ini, di medan senang atau sukar, jauh dari bi'ah Islami atau tidak, biarpun dia tercampak ke mana-mana, perlu punyai kekuatan. agar prinsip kita tetap sama. agar bukan kita yang diajak atau ditarik ke jalan yang salah. umpama hilangnya air pokok melalui proses transpirasi-pabila di bawah suhu yang panas. tetapi, pabila di bawah suhu yang sejuk+sesuai dengan keadaannya, air itu konsisten.

bahkan, al-Quran itu kekuatan bagi hati-hati manusia. pabila suka mahupun duka. dan saya pegang itu. sama-sama :)


Az-Zikr bersama!