Pages

30.10.12

Perjalanan hidup saya [1]

Hamdulillahi rabbil 'alameen.

Sebenarnya setiap hari kita diberi peluang untuk melakukan perkara-perkara yang dapat membawa manusia. Hanya terpulang kepada diri untuk melakukannya atau tidak.

:)



Weee~ ok. seriyus sebentar. Dalam makan ada matlamat, yakni untuk mengisi perut yang berkeroncongan menyanyi. Dalam belajar, ada matlamat, yakni untuk kita memahami erti hidup yang sebenar. Dalam berkomunikasi.. juga ada matlamat, yakni untuk meluaskan kefahaman, pandangan dan pemikiran. Apatah lagi dalam hidup, memaknawikan tujuan hidup yang sebenar itu suatu kemestian. Supaya kita lebih menghargai dan merasai bahawa hidup ini sangat bermakna!, semata-mata untuk pengabdian kepada sang pencipta.

***

Saya merasai tarbiyah ketika berada dalam tingkatan 1. Betapa peliknya dan ta'jubnya senior-senior bertungkus-lumus memegang erat kerja-kerja pengislahan manusia ini. Tidak penatkah. Mereka menyusun target. Menyusun program. Mengurus manusia dan follow up manusia. Oh tentu! Tarbiyah bukan sekali-kali terletak pada program, buku, tazkirah sahajeh, tapi setiap minit pembinaan diri kita itulah tarbiyah. Tarbiyah adalaaaaaah melahirkan orang-orang yang faham.

Jika diikutkan, sudah empat tahun saya merasai manis dan syoookkknyah tarbiyah! Tetapi, ehem. Berapa lama atau sekejapnya seseorang itu berada atas jalan tarbawiy ini bukanlah kayu ukur tahap kefahaman seseorang. Bukan sama sekali.

dan paling best dan gumbiraanya adalah, setiap perkara yang berlaku dalam empat tahun tersebut, saya melalui pelbagai cerita dan kisah. Sekaligus banyak mengajar saya. Kiranya apa-apa yang Allah aturkan semata-mata untuk 'mengajar' saya, inshaallah. Betapa, manusia-manusia yang saya jumpa, saya agak, [erk,agak?kih] ada sesuatu yang Allah nak ajarkan saya melalui manusia tersebut. Cuma kadang-kadang, saya menghargai merekakah. Allah..

'Jangan kamu bersedih ketika kehilangan sesuatu kerana hakikatnya kamu tidak pernah memiliki apa-apa pun, selain hanya pinjaman daripada Allah semata-mata.' -Khalid al-Walid-


Itu adalah detik secara kasar perjalanan saya, Allahu'alam! ;)