Pages

8.8.10

mari imBas!

Bismillah.

bicara salam ku mulakan. walau tidak serapat mana tika dulu, terukir kalimah rindu akhirnya. uh. sudah lama tidak ketemu dia. hasratnya untuk khatam tahun ini diminta supaya didoakan...
"ameen ya raheem."



"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. maka apakah kamu tidak memahaminya?"

[ Al-Qasas : 60 ]


**********

Kami mulakan bicara mengenai perihal sahabat-sahabat di bumi Al-Amin. keindahan bi'ah tidak lupa untuk saya khabarkan. juga usrah, tarbiyyah, ilmu malah pelbagai yang dapat dikongsi bersama dengan izinNya. hamdalah :) .

Saban hari memikirkan.
Oh. rupanya hidup ini semakin singkat. masa tidak lagi banyak. terasa saat di sekolah rendah dulu, baru sahaja berlalu. terlalu banyak tragedi yang berlaku tika itu. ragam, kata-kata, isi hati. uh. terlalu kelakar pabila diimbas semula. kerana waktu itu, kami tidak mengerti apa-apa.


**********

khabarnya, 'pelbagai' manusia dapat dia perhatikan. al-maklum, masyarakat kita kini. sekularisme, liberalisme? uh. dunia ini 'macam-macam'. saya hanya mengatakan dia berUntung dapat melihat dunia luar. ya, dia beruntung kerana pastinya ada cabaran yang menanti di sana.

Islam itu syumul (menyeluruh). pabila bekerja, belajar dan sebagainya, tiada halangan dengan mengamalkannya. baik. misalnya membaca basmalah sebelum memulakan apa-apa perkara. mungkin ada yang mengatakan 'ish, ni benda remeh aje nih', tapi yang pastinya yang remeh bukan temeh. bahkan sebagai hambaNya, banyak manfaat yang kita dapat.

atau mungkin sekali ramai yang beranggapan Islam itu ialah adat. kamu tahu apa itu adat? adat itu kebiasaan. tetapi Islam bukannya satu kebiasaan yang hadir secara turun-temurun. tetapi satu cara hidup. untuk menangkis anggapan itu, mungkin sekali kita perlu mendalami sedalam mungkin agama fitrah itu sendiri.

berdiri di atas bumi yang nyata itu adalah kita. pabila difikirkan, hidup ini hanya sekelip mata sahaja.
''...Allah ya raheem, bantulah kami memanfaatkan hidup kami."

Az-Zikr bersama!

4 comments:

  1. Wah! ini wak2 liqa' hari jumaat lepas ke?...sye nk menyertainye....tpi sye balek kmpg..hu3..

    ReplyDelete
  2. to ukhwah fillah>>

    hehe..inspirasinya dtg drpd liqa' hri tu je. klu hari tu kamu tak sertai, hamdalah..kerana pastinya setiap ketetapan Allah itu cantik!

    ReplyDelete
  3. he3..betul3...Ramadhan Mubarak durrah!

    ReplyDelete
  4. Ramadhan mubarak 'alaikk, khadijah!

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)