Pages

24.11.10

bina strategi, mengisi hati.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

cuti sekolah sedang dilalui. tetapi menjadi hamba, tiada cuti pastinya. kerana itu, ku menulis agar medium dakwah ini terus bergerak.




untuk persiapan diri, merasai bahawa tahun depan adalah tahun bermakna juga tahun serius, usaha memenuhi masa dengan baik saya ikhtiarkan. berharap yang amat dipermudahkan segala pastinya ;)

**************

hidup ini perlu merancang 'strategi'. untuk mencapai matlamat besar, keredhaan Allah pastinya. begitu juga cuti. mungkin di madrasah kita sering kali mendengar peringatan, teguran, tazkirah, ucapan. didekatkan dengan sahabat-sahabat dalam bi'ah solehah. kerana itu, pabila cuti hati terasa kosong. inilah asbabnya perlu untuk kita bina strategi.

perkataan strategi mungkin sekali 'nampak besar' bagi kita. tidak perlu untuk kita ambil pensil, set masa aktiviti atau buku apa seterusnya, seterusnya dan seterusnya agar hati ini terisi. bagi yang pandai tepati apa yang dirancang, tidak salah untuk diteruskan. juga amat digalakkan.

tetapi ada satu jalan yang amat mudah dalam mengisi hati. mudah amat bagi sesiapa yang pernah merasai.

strategi mudah itu, cukup sekadar untuk kita sentiasa mendampingi al-Quran. kadangkala perkara yang kecil tetapi amat besar kesannya, seringkali tidak diamati.




mendampingi al-Quran. bagi yang merasai, pasti tidak menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh. kerana selagi mana kita bersama al-Quran, pertalian kita dengan Allah pasti terus utuh, utuh dan utuh.

dalam melakukan sesuatu, niat itu perlu didahulukan. jika al-Quran itu kita amati hanya kerana pahala, sedikit rugi bagi kita. bahkan, al-Quran itu diturunkan sebagai 'peta hidup'. dan sebenarnya lebih baik jika ambil dan tahu apa yang mahu disampaikan oleh Allah. kerana itu, tidak salah jika makna ayat-ayat tersebut kita amati sekali.

konklusinya, al-Quran itu strategi mudah. kerana dengan amati ayat-ayat tersebut, kita dapat merasai manisnya iman itu. apatah lagi dalam erti mengisi hati. hakikatnya, kembali kepada Allah adalah jalan terbaik.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

[13:28]

az-zikr bersama!

7 comments:

  1. Salam alayk..post terbaek, sahabat!

    sme2 ye kita berdmping dgn Quran..

    menjadi org yg:

    "Sebaik2 kmu ialah org yg belajar dn mengajarkannya[Quran]"

    nk masuk kem hfzn dkt surau ana x?..

    ReplyDelete
  2. sama-sama, insyaallah. ish, rindu Jah ;)

    oh. teringin yang amat untuk ke kem hafz! insyaallah kalau diberi izin. di serdang eh?

    ReplyDelete
  3. Comelnye kamu dua ni..
    >>muqaddimah post ni sgt mengimbau kenangan ana semasa naik form 3..
    moga hati sentiasa beriltizam dengan Al-Qur'an dan sunnah perjuangan..!

    Genggam baik2 segala peluang tarbiyah di hadapan..ana syg ntunna..juga sgt cemburu dengan antunna..

    jaga amanah Allah baik2. belajar untuk izzahkan Islam..

    ReplyDelete
  4. Rinduu Durrah jgk..nk masuk ke?.boleh..yup dkt Serdang.

    ReplyDelete
  5. >young voice
    terasa masa itu berlalu begitu pantas amat. moga saya lalui imtihan itu bukan kerana kebendaan tetapi kerana perjuangan ;)

    segala peluang tarbiyah insya'allah kami genggam erat. juga dalam erti untuk menghargai tarbiyah itu sebaik mungkin, kami cuba sam-sama..

    bimbing kami juga ukht izyana :')

    >ukhwah fillah
    nanti saya cuba hubung kamu.

    ReplyDelete
  6. salam..

    saya sangat setuju dengan perangkaan strategi..

    tapi, kadang-kadang bi'ah tidak mengizinkan.

    surau jauh, family tak supportive, dan lain-lain lagi.. macam mane??

    ReplyDelete
  7. >ibn_ghazali
    'alaykumsalam.
    benar, kadang-kadang bi'ah tidak mengizinkan. tetapi juga, Allah telah menunjukkan pelbagai jalan untuk kita.

    maka, dalam rangka membina strategi untuk mengisi hati juga rohaniyyah, sudah cukup untuk kita tadabbur dan amati al-Quran sentiasa. selainnya, kita boleh berhubung dengan sahabat-sahabat, mencari bahan bacaan rohaniyyah, istiqamah dalam amalan sunat dan pelbagai lagi. itu sudah cukup untuk dirangkakan sebagai sebuah strategi.

    sama-sama kita cuba..dan hakikatnya mengingati Allah adalah jalan terbaik. barakallahufik ;)

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)