Pages

14.1.11

Hamdalah, saya dapat melihat.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

seorang 'Abdillah bertamu di rumah saya. lalu keadaannya mengajak untuk saya berfikir.


sepertinya saya sedang mencari sesuatu yang hilang. sesuatu yang semakin jauh, mula meninggalkan benak hati.."Allahumma Qawwiniy.."


********

kadang-kadang, orang yang sedang nikmat melihat, tidak melihat dengan mata hati. takdir, perlu dilihat dengan mata hati. pasti, segalanya perlu dilihat melalui mata hati.

Seorang 'Abdillah yang buta matanya bertamu di rumah. saya hanya memikirkan, bagaimana dia melihat langit? langit yang luas terbentang, rupa-rupanya ada yang tidak dapat menikmati. sungguh, hakikatnya Allah itu Maha Adil.

kagum. pabila tahu bahawa 'Abdillah itu rupanya sedang mengambil jurusan undang-undang. peguam cita-citanya. semestinya seorang pembela. amat tidak menjangka, bahawa dia juga berupaya melakukan apa yang manusia lain boleh buat.

saya mula memahami. orang yang mempunyai nikmat melihat, amatlah baik sekali jika dia mampu melihat melalui mata hati. sebenarnya mata hati itu sudah memadai. sedangkan,'Abdillah itu mampu meneruskan pengajian undang-undangnya sehingga kini, walaupun hakikatnya dia tidak dapat melihat sejak lahir. thummalhamdulillah ;)


"Maka tidak pernahkah mereka jalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."

[22:46]


melihat alam melalui akal, terhasil ilmu-ilmu sains, geografi, fizik dan pelbagai. tetapi, melihat alam melalui hati, kita tahu bahawa alam ini hakikatnya diciptakan. sudah pasti, kita dapat utuhkah lagi aqidah melalui itu. itulah antara pentingnya mata hati.


makaLihatFikirlaluZikirlah.