Bismillah ar Rahman ar Raheem.
cuti sekolah sedang dilalui. tetapi menjadi hamba, tiada cuti pastinya. kerana itu, ku menulis agar medium dakwah ini terus bergerak.
untuk persiapan diri, merasai bahawa tahun depan adalah tahun bermakna juga tahun serius, usaha memenuhi masa dengan baik saya ikhtiarkan. berharap yang amat dipermudahkan segala pastinya ;)
**************
hidup ini perlu merancang 'strategi'. untuk mencapai matlamat besar, keredhaan Allah pastinya. begitu juga cuti. mungkin di madrasah kita sering kali mendengar peringatan, teguran, tazkirah, ucapan. didekatkan dengan sahabat-sahabat dalam bi'ah solehah. kerana itu, pabila cuti hati terasa kosong. inilah asbabnya perlu untuk kita bina strategi.
perkataan strategi mungkin sekali 'nampak besar' bagi kita. tidak perlu untuk kita ambil pensil, set masa aktiviti atau buku apa seterusnya, seterusnya dan seterusnya agar hati ini terisi. bagi yang pandai tepati apa yang dirancang, tidak salah untuk diteruskan. juga amat digalakkan.
tetapi ada satu jalan yang amat mudah dalam mengisi hati. mudah amat bagi sesiapa yang pernah merasai.
strategi mudah itu, cukup sekadar untuk kita sentiasa mendampingi al-Quran. kadangkala perkara yang kecil tetapi amat besar kesannya, seringkali tidak diamati.
mendampingi al-Quran. bagi yang merasai, pasti tidak menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh. kerana selagi mana kita bersama al-Quran, pertalian kita dengan Allah pasti terus utuh, utuh dan utuh.
dalam melakukan sesuatu, niat itu perlu didahulukan. jika al-Quran itu kita amati hanya kerana pahala, sedikit rugi bagi kita. bahkan, al-Quran itu diturunkan sebagai 'peta hidup'. dan sebenarnya lebih baik jika ambil dan tahu apa yang mahu disampaikan oleh Allah. kerana itu, tidak salah jika makna ayat-ayat tersebut kita amati sekali.
konklusinya, al-Quran itu strategi mudah. kerana dengan amati ayat-ayat tersebut, kita dapat merasai manisnya iman itu. apatah lagi dalam erti mengisi hati. hakikatnya, kembali kepada Allah adalah jalan terbaik.
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
[13:28]
az-zikr bersama!