Pages

7.11.10

usaha terDahulu ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

imtihan sudah dilalui. sebenarnya tiada ada apa-apa yang mahu dicetuskan. hanya mencari 'ibrah sepanjang melalui segala.


'dan hanya kepada Tuhanmu, kamu bertawakal'

sejujurnya saya ambil mudah peperiksaan kali ini. keputusan 'imtihan, sudah dijangka amatlah tidak memuaskan ;)


******************

saya tersenyum, pabila melihat pensil yang menari-nari ditangan sahabat-sahabat untuk menjawab soalan. 'imtihan ini 'sunnah pelajar' rupanya. pelajar akan lalui 'imtihan. 'imtihan akan menyerang pelajar. dan begitulah seterusnya..

malah hakikatnya, kini, kita juga sedang berada di dalam ''imtihan'. 'imtihan akhirat untuk pengumpulan amal pastinya.

hakikatnya, bukan hanya di sekolah digelar 'pelajar'. kita sentiasa belajar dalam kehidupan. tetapi bergantung kepada pemilik jasad itu. mahu mangambil 'ibrah lalu memikirkan tentang apa yang dilalui, atau sebaliknya. oh. 'sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir.'

kalau dilihat, pergantungan kepada Allah itu adalah asas. pergantungan itu bermakna kamu berserah dan mengharap hanya kepada Allah. juga segala-galanya hanya kepada Allah. manusia itu lemah. jika Allah tidak memberi kekuatan atau mengizinkan untuk kita mengangkat segelas air, gelas itu pasti tidak akan terangkat.

jelas. manusia itu memerlukan pergantungan. baik. saya beri satu analogi pendek.

seekor ikan memerlukan air untuk hidup. kerana untuk hidup, dia perlu bergantung kepada air dan akan mati jika sebaliknya.

begitu juga manusia. manusia memerlukan Allah, tempat 'bergantung' dalam hidup. bahkan hidup tanpa rahmat Allah hakikatnya tiada gunanya. benar, amat perlu usaha dalam mencapai sesuatu. kerana itu, setelah usaha hanya kepada Allah kamu berserah dan mengharap.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[94:7-8]

az-zikr bersama!

2 comments:

  1. aabirusabiil9/11/10 3:04 AM

    kadangkala keikhlasan dan pergantungan kita pada Allah teruji, tatkala dianugerahkan dengan kejayaan mahupun nikmat. terselit bibit2 perasaan semua-ni-aku-usaha-sendiri-penuh-susah-payah. maka itulah yang perlu kita berhati2 terhadapnya..all the best utk result exam. tahun depan...macamana?

    takpe, ujian itu akan menguatkan pendirian nti, dn mjadikan nti dapat menghargai nikmat di alamin lebih daripada insan lain :) <3


    p/s : terasa rugi betul lambat tahu kewujudan blog ni. maafkan ana :(

    ReplyDelete
  2. benar, jalan-jalan yang kita lalui pasti akan teruji ;)

    hamdalah. nikmat di alamin ana hargai yang amat..ketentuan Tuhan itu pasti punyai 1001 'ibrah. begitu juga tentang kelewatan ukht ke blog ini :)

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)