Pages

9.11.12

Hidup ini biar penuh ruhiyy..!


Hamdulillahi rabbil'alameen.

Sebenarnya hendakkan hidup yang bahagia, jangan lekatkan diri pada manusia atau dunia. Tapi, lekatkan diri pada tujuan, yakni menuju Allah. Biidznillah.~


Life must go on. Jadi.. baiklah...

***

Dalam merencana sesuatu, kita tidak boleh jangka bahawa perkara itu dapat dilaksanakan dengan baik dan ohsemmnyah. Kita merancang, tetapi Allah juga merancang..! ;)

Ok.

Tahun pertama saya tahu tentang tarbiyah tu, macam budak-budak innocent yang lain.. bak kata murabbi saya yang dichentai, masih segar dan boleh suap-suap nasi sesesuka hati kita. Sebab mereka ni bersih dan yang paling utama, senang dibentuk. [fullstop] maksud saya, majoriti dan yang pastinyalahhh..

Jadi, setiap apa seseorang yang masih mentah itu dapat, maka dengan itulah dia akan dibentuk. Hamdulillah atas apa yang Allah aturkan buat saya dan kamu. Tetapi, masih, hidayah tetap milik Allah yang 'Aliyy.

Sedang saya berjalan di kaki lima. Seorang ukht junior menahan saya lalu bertanya... 'Tarbiyah itu apa?'

Terdiam. Kumpulkan tenaga super-ruhiy..

Lalu,  saya menerangkan serba sedikit kepadanya dan dengan penuh azam akan updated dia di alam maya atau mana-mana ruang. Inshaallah.

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Yeh, dari kondusi junior itu, saya dapat tahu. Sebenarnya mereka ini mahu sahaja pengisian. Pentaujihan. Pembentukan. Cuma, kita yang perlu mulakan dahulu. Ibarat kita menulis sebuah buku, dan kita letakkan dalam almari sahaja, manusia takkan ambil, kecuali jika kita yang sampaikan~ biidznillah.

Moga Allah mudahkan segala.
Ameen.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)