Pages

21.11.09

Ma'rifatullah .

Bismillah.

awwaluddin ma'rifatullah

maksudnya yg pertama sekali yang dituntut dlm agama ialah mengenali Allah.Menurut Sayid Sabiq, beliau tidak menyebut istilah percaya ttp beliau menyebut istilah ma'rifat, yakni ma'rifat kpd Allah.ma'rifat bermaksud pengetahuan secara mendalam.

hukum mengenal Allah

setiap individu wajib mempercayai adanya Allah, ttp tidak cukup hanya dgn yakin shj ttp keyakinan itu hendaklah disertai dgn pengenalan.kerana nenek moyang dia sudah beragama islam maka dia pun beragama islam dn mengaku sbgi org yang beriman, maka dia pun tidak tahu bagaimana dn siapa tuhannya itu.maka iman seperti ini disebut iman tradisi atau keturunan ( bahaya ).

pentingnya mengenal Allah

kita dilahirkn di dunia ini bukannya untuk bersenang-lenang ttp hendak mengabdikn diri kpd Allah swt yang tlh menciptakn diri kita. syarat utama untuk mengabdikn diri kpd Allah adalah dgn ilmu.Tanpa ilmu ibadah akn ditolak.ilmu yg diperlukn utk pengabdian kpd Allah ialah ilmu akidah (pengenalan kpd Allah swt ), dan kemudian ilmu syariat. ilmu akidah atau pengetahuan kpd Allah juga adalah satu-satunya cara utk mencegah drpd jatuhnya ke dlm syirik.

cara mengenal Allah

Allah tidak mempunyai juzuk2 dan ciri2 tertentu krn Allah tidak mempunyai ciri khusus dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera maka satu satunya cara utk mengenal-Nya ialah mengenal sifat-sifatnya iaitu sifat 20.


No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)