Pages

26.8.10

menyusuri bulan ini~

Bismillah.

Saya tenung langit itu. hujan, panas, mendung. indah. hanya itu yang dapat digambarkan oleh kata-kata. oh. pasti lebih indah Pencipta itu..
'Allah ya raheem, redhailah kami pada Ramadhan kali ini.'



Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

[Al-Isra' : 80 ]


***********************


saya disibukkan dengan muhasabah pada bulan ini. borang mutaba'ah amal, cleaning our heart, diari Ramadhan. sepertinya hari-hari di Ramadhan mampu difikirkan tentang keadaan hati, yang entah sedang sihat, lelah atau sakit..

kerana itu, Ramadhan digelar 'sekolah tarbiyyah'. sebuah sekolah yang diberi oleh Allah didikan yang terus kepada hambanya. jangkanya hanya sebulan. makanya, dengan persediaan apa kamu hadapinya?


"jadilah kamu hamba Allah, dan janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan."

Dr. Yusuf Qaradhawi


bukan hanya pada bulan Ramadhan kita beramal bersungguh-sungguh, bertahajud setiap malam, infaq sebanyak-banyaknya. tetapi, pabila di 11 bulan yang lain, kita hanya bertawakul tanpa melakukan apa-apa. uh. tukar persepsi seperti itu lebih baik. semak semula kerana apa kamu di bumi, kerana apa pula kamu di Ramadhan.

baik. Ramadhan itu tanda kasih Allah. sepertinya, setakat mana kita menghargai?
kerana itu, penuhi masa ini dengan amal yang sebanyak dan sebaik mungkin. lakukan sekadar yang mampu tanpa menjejaskan amal-amal fardhu kita yang lain. kerana kita hamba Allah, bukannya hamba Ramadhan.

Ramadhan itu bulan keinsafan dan perubahan. pastinya banyak perkara yang akan berubah jika terus dapat beristiqamah. juga bulan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. hanya kita yang pilih, mengisi atau membiarkan saat ini. biiznillah.

...puasa itu lambang keta'atan, bahkan suatu pengorbanan

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)