Pages

4.7.11

Buat kamu.

Dengan nama Allah.




Dengarlah mentari
suara hatiku menangis,
terkadang ku mencari-cari,
rupanya anugerah itu,
sinarnya di sisi.

Buat kamu,
luruhkan cinta itu
pada sang Pencipta,
agar gegar hati kita,
tautan hingga ke syurga..~

Andai kamu fahami..


*Ini yang terbalas.
Tabah..~


2.7.11

Jangan tergesa-gesa :)

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.

saya mulakan tinta ini, dengan nikmat kekuatan yang tinggi. insyaallah :D




Suatu masa, ukhti iz tanya;

'enti rasa, cara apa kita perlu guna supaya semua pelajar satu sekolah ikut disiplin?'

sejujurnya, tidak pernah saya tertanya-tanya tentang itu..


***

Saya menjadi semakin serius. serius dan serius. Peperiksan yang akan datang, amanah yang besar dan pasti, bulan Ramadan yang saya mahu nikmati tidak lama lagi. Saya jadi serius.

Baik.

Saya terfikir tentang ini;

'Kalau mahu ambil hati manusia, tarbiyah manusia, semua perlu bermula dari dalam.'

Ye, Mahu mempengaruhi manusia sebenarnya dari dalam. Kalau semut, kadang-kadang kita tidak nampak dengan enjoynya berjalan-jalan di atas kulit kita. Sekali digigit, maka saraf pun menghantar maklumat ke otak untuk diulas. Lalu, tidak lama kemudian semua anggota badan membuka langkah untuk bertindak balas dan mulalah acara pukul-semut-sampai-mati.

Sebenarnya, sesetengah perkara kita tidak boleh menggunakan kekerasan semata-mata. Melenting, menengking, memberi hukuman tanpa memberi sebarang penjelasan, semua tindakan itu akan berbalik kepada dirinya sendiri. Melenting dibalas dengan melenting. menengking dibalas dengan menengking dan sebagainya.

Kerna itu perkara utama, mula dari dalam. Perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

Oh. jawapan ukhti Iz bagaimana mahu semua pelajar ikut peraturan sekolah, Mutaba'ah amal/amal fardhiyyah. Ini konklusi segala isi tadi :) Tetapi, kalau sudah sempurna pun, mustahil kita ikut bulat-bulat peraturan sekolah tersebut, iye tak? [ Jujur. saya bukannya seorang yang sangat ikut-peraturan-sekolah. Sama-sama, usaha perbaiki. Gerakkan hati.]

Peraturan sekolah yang dinyatakan hanyalah analogi. Cuba kaitkan dengan konsep 'muslim dan kehidupan' :)


3.6.11

susah-senang, menghadapinya adalah fitrah.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.


Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka akan mati (pula). [39:40]


*******

'Saya menangis tadi, tapi tak tahu kenapa..'

Telefon yang berdering semalam saya angkat. Dia meluahkan. Soalan itu yang dituju kepada saya. Selalu saja saya menangis tanpa sebab. Tetapi tika itu, saya menjawab, 'Kamu Qiam tak?'

Saya akui qiam itu berat jika tidak digerakkan hati. dan pasti, Saya sayang dia kerana Allah. Ni'mat yang tidak boleh saya dustakan.

Baik. Memandangkan saya lama tidak bertinta.

Kadang-kadang, orang ada kata, 'eih. adik-beradik ke? beza macam langit dengan bumi'. Tapi yang lagi drastik punya, 'kenapa ujian yang Tuhan beri berat sangat eh, berbanding dengan kamu. macam langit dengan bumi, adeyh!'

Susah dan senang itu fitrah. Dua-dua kehidupan. Dua-dua ujian, ketika di bumi. cuma bergantung kepada kita bagaimana menghadapi.

Kalau kita kini sedang dicampak ke IPT, orang lain juga pernah-telah-sedang ke IPT. Kalau kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan dunia, mereka juga sedang membuat persiapan. sama saja. Tetapi lihat bagaimana kita menghadapi.

Suatu masa, saya mengharungi kerja-kerja di bengkel sekolah. komited merekaSaya dengan kerja kayu masing-masing seperti orang yang tidak ingat dunia. senang untuk tahu mana kawan mana lawan tika itu. Hamdalah. Malah, mukhayyam itu lebih mudah untuk mengenali masing-masing. kerana situasi yang sangat susah dan drastik, manusia akan mengikut cara mereka sendiri untuk menghadapi.

Manusia bukan tempat untuk kita mengharap. Jika terus usaha dan meletakkan keyakinan dengan penuh pengharapan kepada Tuhan, pasti Dia akan selesaikan yang selebihnya.

Tiada ragu-ragu.

sama-sama.

16.5.11

Ekspresi hati.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.



'Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat'

[as-saff:3]

Serius. Saya takut ayat ini.

Pahitnya jika ada persengketaan. wahai Tuhan, damaikanlah kami.




27.4.11

HaQ.

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem.

kini amatlah sibuk melayan urusan dunia. Allahumma yassirliy amriy.



"Sungguh, kami takut akan (azab)Tuhan pada hari ketika orang-orang berwajah masam penuh kesulitan."

[76:10]


***********

Kadang-kadang, ada manusia pabila sempit, mereka kembali kepada Tuhan. Bertadabbur al-Quran, du'a serta muhasabah. Sungguh, amat indah saat-saat itu.

Tubuh kita punyai hak. Hak untuk beristirehat pabila penat bekerja. Bahkan, Rasulullah sendiri tidak melalaikan keperluan untuk dirinya berehat. Akal mencorakkan dunia dan pemikiran kita. Bagi seorang muslim, dunia mereka bukannya dunia barat, dunia komputer atau dunia gelak+ketawa. Tetapi, dunia mereka sudah punyai tujuan hidup untuk bersedia ke destinasi yang seterusnya. Ini hak akal, yang tidak sepatutnya dikuasai hiburan dunia.

Korea dan se-angkatan dengannya. Tidak salah untuk diminati. murabbiy kata, ini perkara biasa pabila remaja. lama-lama akan lenyap juga. sementara saja. Tetapi sungguh, jangan biarkan diri menghampiri perkara yang sia-sia.

al-Quran punyai hak. hak supaya ayat-ayatnya dibaca, ditatap dan difahami. Hatta jalan, buku, sekolah, guru, bangunan, akal serta tubuh kita juga punyai hak. secara tidak langsung, sebenarnya kita berinteraksi+berhubungan dengan segala. kerana itu, amat penting sifat ihsan.


***

saya pernah baca dan pernah berkata,


"pabila merasai manisnya ukhwah, Iman mahupun hubungan kita dengan Tuhan. Tiba-tiba pada suatu masa, rasa manis itu hilang, amatlah perit."


sesiapa yang memahami ayat itu. pasti, dia pernah merasai.

Dan apabila terasa perit dan hati berasa sempit, terus dia akan bangkit sepenuh hati untuk cuba mendapatkan semula manis yang pernah dirasai. Jalan terbaik adalah kembali kepada Tuhan. Sungguh, kasih sayang Allah itu amatlah luas.


.InnaAllaha'alimun-bizha-tissudurr.