Pages

30.7.11

Merempuh Ramadan 1432.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.

Esok sudah mula sahur :)


Tarbawiy. yup, bulan Ramadan bulan tarbiyah diri.


***

'Jangan menjadi hamba kepada Ramadan tetapi jadilah hamba kepada Allah' ,

Yusuf al-Qordhawi .

Seorang ukhti berkata,

'huh, ramadan tahun ni ana berazam untuk manfaatkan. taknak dah jadi macam tahun lepas, ana menyesal.'

Saya hanya tersenyum. Tidak mahu ganggu hatinya yang menikmati kata-kata itu.

kadang-kadang manusia fikir, kenapa seronok sangat sambut Ramadan. Berazam untuk Ramadan, sibuk untuk Ramadan..

Bayangkanlah. Kita belajar. Seronok untuk belajar. Berazam dan sibuk untuk belajar. Kerana kita tahu, kepentingan dan ganjaran kalau kita bersungguh-sungguh. Malah, sahamnya akan kita dapat pabila di masa hadapan kelak.

Maknanya, manusia yang sibuk dengan Ramadan, dia tahu kepentingan dan ganjaran yang dia akan perolehi. Pasti, saham yang mereka akan dapat lebih besar dan lebih jauh, yakni di akhirat. Malah, banyak cara kita boleh tarbawiy hati dalam ruang ibadah yang disediakan dalam bulan Ramadan.

Persepsi atau pandangan kita mengenai Ramadan perlu bersih. Ramadan bukannya menjadi ruang ibadah untuk melakukan apa yang tidak mampu dibuat tika 11 bulan yang lain. Banyak perkara ma'ruf yang boleh dilakukan. senyum-zikir-muhasabah-berakhlak dan sebagainya. Ramadan bukan untuk beradat. Bukan sama sekali.

Ha. Mungkin ramai sudah memekik tentang kehadiran Ramadan, mahu kehangatan hari-hari menjelang Universiti Taqwa itu dirasai.

Tetapi, apa sebenarnya persediaan kita.. jom Klik!

Sama-sama.

4.7.11

Buat kamu.

Dengan nama Allah.




Dengarlah mentari
suara hatiku menangis,
terkadang ku mencari-cari,
rupanya anugerah itu,
sinarnya di sisi.

Buat kamu,
luruhkan cinta itu
pada sang Pencipta,
agar gegar hati kita,
tautan hingga ke syurga..~

Andai kamu fahami..


*Ini yang terbalas.
Tabah..~


2.7.11

Jangan tergesa-gesa :)

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.

saya mulakan tinta ini, dengan nikmat kekuatan yang tinggi. insyaallah :D




Suatu masa, ukhti iz tanya;

'enti rasa, cara apa kita perlu guna supaya semua pelajar satu sekolah ikut disiplin?'

sejujurnya, tidak pernah saya tertanya-tanya tentang itu..


***

Saya menjadi semakin serius. serius dan serius. Peperiksan yang akan datang, amanah yang besar dan pasti, bulan Ramadan yang saya mahu nikmati tidak lama lagi. Saya jadi serius.

Baik.

Saya terfikir tentang ini;

'Kalau mahu ambil hati manusia, tarbiyah manusia, semua perlu bermula dari dalam.'

Ye, Mahu mempengaruhi manusia sebenarnya dari dalam. Kalau semut, kadang-kadang kita tidak nampak dengan enjoynya berjalan-jalan di atas kulit kita. Sekali digigit, maka saraf pun menghantar maklumat ke otak untuk diulas. Lalu, tidak lama kemudian semua anggota badan membuka langkah untuk bertindak balas dan mulalah acara pukul-semut-sampai-mati.

Sebenarnya, sesetengah perkara kita tidak boleh menggunakan kekerasan semata-mata. Melenting, menengking, memberi hukuman tanpa memberi sebarang penjelasan, semua tindakan itu akan berbalik kepada dirinya sendiri. Melenting dibalas dengan melenting. menengking dibalas dengan menengking dan sebagainya.

Kerna itu perkara utama, mula dari dalam. Perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

Oh. jawapan ukhti Iz bagaimana mahu semua pelajar ikut peraturan sekolah, Mutaba'ah amal/amal fardhiyyah. Ini konklusi segala isi tadi :) Tetapi, kalau sudah sempurna pun, mustahil kita ikut bulat-bulat peraturan sekolah tersebut, iye tak? [ Jujur. saya bukannya seorang yang sangat ikut-peraturan-sekolah. Sama-sama, usaha perbaiki. Gerakkan hati.]

Peraturan sekolah yang dinyatakan hanyalah analogi. Cuba kaitkan dengan konsep 'muslim dan kehidupan' :)


3.6.11

susah-senang, menghadapinya adalah fitrah.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.


Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka akan mati (pula). [39:40]


*******

'Saya menangis tadi, tapi tak tahu kenapa..'

Telefon yang berdering semalam saya angkat. Dia meluahkan. Soalan itu yang dituju kepada saya. Selalu saja saya menangis tanpa sebab. Tetapi tika itu, saya menjawab, 'Kamu Qiam tak?'

Saya akui qiam itu berat jika tidak digerakkan hati. dan pasti, Saya sayang dia kerana Allah. Ni'mat yang tidak boleh saya dustakan.

Baik. Memandangkan saya lama tidak bertinta.

Kadang-kadang, orang ada kata, 'eih. adik-beradik ke? beza macam langit dengan bumi'. Tapi yang lagi drastik punya, 'kenapa ujian yang Tuhan beri berat sangat eh, berbanding dengan kamu. macam langit dengan bumi, adeyh!'

Susah dan senang itu fitrah. Dua-dua kehidupan. Dua-dua ujian, ketika di bumi. cuma bergantung kepada kita bagaimana menghadapi.

Kalau kita kini sedang dicampak ke IPT, orang lain juga pernah-telah-sedang ke IPT. Kalau kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan dunia, mereka juga sedang membuat persiapan. sama saja. Tetapi lihat bagaimana kita menghadapi.

Suatu masa, saya mengharungi kerja-kerja di bengkel sekolah. komited merekaSaya dengan kerja kayu masing-masing seperti orang yang tidak ingat dunia. senang untuk tahu mana kawan mana lawan tika itu. Hamdalah. Malah, mukhayyam itu lebih mudah untuk mengenali masing-masing. kerana situasi yang sangat susah dan drastik, manusia akan mengikut cara mereka sendiri untuk menghadapi.

Manusia bukan tempat untuk kita mengharap. Jika terus usaha dan meletakkan keyakinan dengan penuh pengharapan kepada Tuhan, pasti Dia akan selesaikan yang selebihnya.

Tiada ragu-ragu.

sama-sama.

16.5.11

Ekspresi hati.

Dengan nama Allah ar Rahman ar Raheem.



'Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat'

[as-saff:3]

Serius. Saya takut ayat ini.

Pahitnya jika ada persengketaan. wahai Tuhan, damaikanlah kami.