Pages

13.4.12

Kembara .

Allahurabbiy.

Hikmah kembara menjadi halwa telinga kini :)


Sebenarnya kondusi dulu mengajar saya, dan Tuhan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

***

Kalaulah saya boleh menguasai masa. Saya ingin hidup dalam keadaan kini. Perasaan yang ada kini. Tetapi, tidak. Masa yang yang lepas sepatutnya mengajar kita. Bahkan, masa yang akan datang kita patut bersedia !

Berlari hingga hujung dunia , masih saya pegang sebagai prinsip. masha Allah :)

Mahu saja saya berdiri tegar untuk menjadi seperti mereka-mereka yang hebat. Tetapi, tidakkah sepatutnya kita menjadi diri sendiri. Malah, nilai-nilai yang lekat pada mereka yang hebat sepatutnya kita contohi.

Saya ada salah. dan mereka juga ada salah. Manusia :) bukannya malaikat . Apa-apa yang kita hadapi, ingat Tuhan .

dan ketika itu, saya akan berbicara sendiri, dengan sadisnya ;

'Allah yang beri kondusi ini. Maka beranilah..'

Lalu, angkat semula muka dan teruskan berlari hingga hujung dunia ..

Moga Allah permudahkan urusannya, saya, kamu dan mereka :)

17.2.12

Tenanglah ~

Allahurabbiy.
Saya tak letih ..


Bismika-Allahumma-ahyaa wa amutt .


***

Dua perkara yang saya akan buat untuk cari ketenangan.

Sendiri , bersama-sama Allah.

Duduk dengan mereka yang buat saya rasa tenaaanng seluas langit dan bumi :)

Baik .

Seorang da'ie, murabbi mahupun manusia seluruhnya, ujian itu akan Tuhan beri pada mereka. Maka, pada masa itulah, ketenangan yang tak tercari, kita cari dengan sungguh-sungguh. Allahuakbar. Serius, nikmat ketenangan itulah nikmat yang saaaangaat besar .

Ada manusia yang ada kawan, tapi semakin menambah kekusutan hati. Ada manusia yang ada kemewahan, tetapi semakin menambah resah dalam hati.

Sungguh. Tenang itu berharga untuk hidup ini.

Masing-masing ada cara sendiri untuk mencari tenang itu.
Maka, carilah :) wahai siapa jiwa yang resah .. ~

...

Saya tak letih.
Tapi, putus asa.
Kepada mereka yang bangkitkan saya. Kuatkan saya.
Terima kasih . [17/2]

2.2.12

Sungguh, manisnya T_T

Subhanallah TT
Jika diturutkan , mahu saja saya mengalirkan air mata ketika menulis coretan ini.
ya Tuhan terima kasih atas segala nikmat Mu .


Saya sedang merasai . Sungguh, manisnya ukhwah itu.

Ukhti ( Lebih baik rasanya digelar Murabbi :) itu, umur antara saya dan dia sungguh berbeza.

Baru beberapa hari sahaja ku mengenali dan menghampiri.

MasyaAllah ! Wahai Tuhan, moga perasaan dan tautan ini berterusan hingga ke Syurga..~ Aku mohon.. Amen3x !

Allah Allah Allah .
Subhanallah ^_^

7.1.12

Bangun dan sinarkan..~

Allahurabbiy.
Saya.. ragu-ragu.



Baru tiga hari sekolah. Banyak sahaja tragedi yang berlaku dalam dunia saya.
Haa. Durrah, duduk dalam realiti, bukan fantasi mahupun mimpi ..~ Allahuakbar.

***

Jangan fikir hati itu tiada Iman, selagi arahan dan larangan Tuhan itu kita pegang. Solat dan Quran itu biarkan sentiasa berkualiti. ya Tuhan, tunjukkan aku jalan..

Seorang junior berkata pada saya, 'Sekolah boleh laa, tapii, rasa lain. rasa keseorangan.'

Kalau kita yakin Tuhan itu wujud. Kita akan rasa berdua ^___^ Lapang dan tenang, Insyaallah. Yakin itu perlu.

Dan Tuhan akan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

Setiap apa yang ada di tangan dan suasana, perlu syukur. [Durrah, take note, please ! ngee.] kita tidak tahu. Mungkin itu perkara terbaik dan patut kita hargai sebelum ditarik semula nikmat tersebut.

Bekalan kekuatan untuk terus berlari. 'Gain faith' .Berlari hingga hujung dunia ! Sampaikan sinar mentari, biarpun sikit yang terkesan dihati :)

Allahu'alam.