Pages

26.8.09

Puasa!

biamillahirrahmannirrahim....mula-mula sekali,ana nak ucapkan "selamat datang bulan Ramadhan.....!!"....

Dalam berpuasa, untuk pengetahuan umum, terdapat 3 peringkat/golongan bagi orang yang berpuasa....

puasa golongan awam
>> orang yang berpuasa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa...

puasa golongan ahlul khawas
>> orang yang berpuasa menahan diri drpd makan, minum serta syahwatnya kerana Allah dan meminta keampunan dan syurga Allah serta dijauhkan dr neraka...

puasa golongan ahlul ma'rifat
>> orang yang berpuasa menahan diri drpd makn ,minum, syahwatnya serta menjaga hati dan pancainderanya drpd perkara yg tidak disukai oleh Allah semata-mata ingin mendapatkan keredaan Allah...

wasalam...


9.6.09

Sebiji Limau .

Bismillah.

firman-Nya:
'sesungguhnya engkau(Muhammad) sungguh-sungguh bepekerti luhur'





Satu kisah yang mana ketika itu,

Rasulullah saw sedang duduk bersama-sama sahabat baginda, tiba-tiba, seorang wanita kafir yang tua datang menuju baginda. Lalu wanita kafir itu memberi baginda sebiji buah limau. Rasulullah saw menerimanya dengan senang hati. Baginda pun mengopek buah itu lalu memakannya. Sahabat-sahabat berasa hairan keran kebiasaannya baginda sentiasa berkongsi makanan dengan mereka, tetapi kali ini tidak.

Setelah baginda sudah selesai memakan buah itu,baginda mengucapkan 'terima kasih lalu wanita itu pulang, setelah wanita itu pulang sahabat-sahabat bertanya kepada baginda,

' Ya rasulullah, kami berasa hairan mengapakah engkau tidak berkongsi makanan mu seperti kebiasaan..?'

'wahai sahabat-sahabatku...aku takut bahawa kamu semua akan mengenyitkan mata kamu ataupun memarahi wanita itu, kerana buah limau itu sungguh masam. Aku takut bahawa kamu semua akan menyinggung perasaan wanita itu...'

setelah wanita itu pulang kerumahnya, dia berasa sungguh kecewa kerana tujuan dia berikan buah itu adalah untuk memain-mainkan baginda dan sahabat-sahabat baginda, tetapi telah di gagalkan oleh akhlak Rasulullah sendiri.

Allahu'alam.

20.4.09

syukur.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.


.nikmat ukhwah.


"..walaupun dia adalah perdana menteri, dia tetap akan sama dengan manusia yang lain di padang mahshar sebagai hamba Allah."

kita lemah dan fakir. Tetapi Allah sebenarnya telah memuliakan kita dengan Islam. Telinga, mulut, udara, kepandaian, rumah dan bermacam-macam nikmat yang tidak terhingga untuk dihitung oleh sekalian makhluk.


"Dan jika kamu hitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani"

[An-Nahl : 18 ]


rugi amat jika seseorang itu sentiasa menyombongkan diri dengan apa yang dimiliki. tidak terlalu besarkah makna syukur itu? sungguh, segala-segala yang kita miliki hanyalah milik Tuhan, semata.

"Negeri akhirat itu kami jadikan utk orang-orang yang tidak ingin
menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan
kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yangg bertakwa"

[ 83:Al-Qasas ]