Pages

31.5.10

Ini nyata.

Bismillah.

Pasti, hidup dan mati itu adalah benar.




Merentas dunia yang masihasing. Hidup ini, hanya perlu bergantung kepada ALLAH. Dia yang menciptaku untuk mengabdikan diri dan mengenali penciptaku. Itu tujuan utama hidupku dan kamu.


******


Let's start question in ourselves...

Hakikat, kamu berada di atas bumi yang nyata. bukan khayalan semata. kamu di bumi hanya sementara. tujuan hidup kamu bukan juga permainan semata. kamu hanya seorang HAMBA. oleh itu, bangunlah kamu wahai siapa yang leka [ adalah termasuk saya ].

"...ALLAH maha kuasa.
akan tetapi,
kamu hanyalah seorang HAMBA."

Tidak perlu kita cenderung kepada hiburan dunia. bukankah ia akan lenyap? lebih enak jika kamu dapat menelaah alam ini. alam yang sementara buat kamu. menghidupkan rasa agung pada sang pencipta. dapat juga kamu fikirkan siapa sebenarnya diri ini.

manusia, cara hidupnya hanya satu, iaitu Islam. Apabila melakukan sesuatu hendaklah disusuri dengan keredaan-NYA, kerana ALLAH tujuan utama kita.

jikalau difikirkan tentang d.u.n.i.a, memang seronok. kerana dunia itu 'bermacam-macam'. tetapi tahukah..bahawa segala yang ada di dunia hanya khayalan+pinjaman. sudah pasti akan lenyap. lenyap apa yang selama ini dikejar-kejarkan.


' Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah ( yang dipikul )dan janjinya,dan orang-orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,( yakni ) yang akan mewarisi syurga firdaus. mereka kekal di dalamnya.'

[ al-mu'minun : 8-11 ]


unia ini memang suatu yang nyata. tempat yang nyata untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya. bukannya permainan hidup mahupun cuba-cuba. tetapi inilah yang nyata.

Allahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)