Pages

27.5.10

Kerana aqidah kita sama.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

kerana merasai manisnya ukhwah itu, dan kerana hubb lillah.. saya berasa terpanggil untuk mencoret.



Tanggapan kita mungkin, ukhwah itu hanyalah satu jalinan mesra antara kita dan manusia lain. Tetapi realitinya, ia adalah suatu jalinan yang berlandaskan kefahaman antara satu sama lain yang terbina melalui keimanan lalu, dengan izinNya dapatlah kita merasai nikmat manisnya ukhwah itu, dan sungguh, Tuhan itu maha menghendaki..

"Saouls are like conscripted soldiers;
those whom recognize, they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with."

(Bukhari & Muslim)

kawan ataupun sahabat.. benar, amat besar pengaruhnya dalam kehidupan kita. Ikatan yang amat akrab tidak dinafikankan lagi jika, kita dapat berterus terang menyatakan perasaan kasih kita terhadapnya.


Kawan punyai berbagai-bagai ragam..kerana mereka manusia [adalah termasuk saya].

Tetapi yang lebih baik adalah kawan yang membawa dan mengingatkan kita kepada Tuhan. Kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk dirinya. Tidak dilupakan juga, peringkat ukhwah yang paling rendah adalah bersangka baik dan peringkat yang paling tinggi adalah itsar

Ukhwah juga perlu berlandaskan iman dan takwa, juga niat kerana Allah. Adanya ukhwah, wujudnya perpaduan itu. wujudnya perpaduan, wujud pula kekuatan.

"tiada beriman seseorang kamu,
sehinggalah dia mencintai saudaranya sama seperti
dia mencintai dirinya sendiri."

Maka manfaatkan apa yang ada disisi kita.

Allahu'alam.

2 comments:

  1. terharu dgn post nti. hee~. hamdallah,kerana ukhuwah atas dasar aqidah 'saves everything'

    http://seluasperjalanan.blogspot.com/2010/01/jus-cinta.html

    uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)