Pages

15.5.10

Saya seorang murid.

Bismillah.

Kerana ada sedikit kesempatan, hanyalah sedikit coretan ;)

saya menjenguk ke luar tingkap untuk mendapatkan permandangan hijau setelah lamaNYA menghadap buku.Tambahan pula keadaan di atas meja belajar yang bertimbun-timpun bukunya. Inilah keadaannya apabila AKAN menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Perasaan 'confusing'+'guilty' saya hadapi apabila memikirkan buku apa pula yang ingin dibaca selepas ini.



Setiap perkataan saya telaah satu persatu, dengan tabahnya+kesungguhan. Setelah halaman ini, halaman baru pula dibuka. walau pun kadang-kadang ada penghalangNYA, namun tetap utuh untuk terus dan terus membaca.

Dalam kesugguhan yang dihadapi ini. Timbul pula rasa serba salah;

'Dalam menghadapi peperiksaan dunia ini, dahsyatnya aku dalam membuat persediaan. Namun, dalam menghadapi peperiksaan akhirat . . .'

" Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.."

[Al-Nahl : 96 ]


**********

'eXaM' tidak lama lagi. Walaupun hanya penggal pertama, perasaan berdebar-debar dihadapi sepanjang menunggu peperiksaan melanda.

'..Ya Allah, aku perlukan bantuan-Mu'

ya, manusia ADAlah orang yang memerlukan orang lain untuk hidup. Kerana itu manusia perlukan Allah. Manusia diciptakan oleh Allah, kerana itu juga kepada Allah kita kembali, tidak kira kembali dari segi hati mahupun jasad.

"Allah adalah tuhan yang bergantung kepada-NYA segala sesuatu"

[Al-Ikhlas : 2 ]


'berdiri' sebagai seorang pelajar+murid pula adalah sebuah tanggungjawab dan, seharusnya dimanfaatkan ;)

Allahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)