Pages

23.7.10

maHu Islah, itu katanya.

Bismillah.

Langkahku terus. Terus ke dewan musollaa. kelihatan kelibat rakan-rakan seperjuangan berbicara seperti dalam halaqoh. oh. ku mahu turut sekali!



"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mata air - mata air"

[ Al-Mursalat : 41 ]


****************

al-maklum, kami diwajibkan berSTOngan. sejurus sahaja duduk bersama mereka, seorang sahabat menyapa ;

'eh. kalau kamu lihat rakan kamu yang berada dihadapan mata, tidak memakai stongan, apa kamu buat?'

'Tegurlah bilhikmah.'

'habis. kalau dia beri alasan? panas dan..........dan....dan................'


****************

Oh. pastinya amar ma'ruf nahi mungkar itu adalah tanggungjawab setiap manusia. bergerak untuk membawa. Apa yang disuruh, diajak pastinya sesuatu yang baik. dan yang baik itu datangnya daripada Allah. sungguh, sayangnya Allah terhadap hamba-hambanya.

Saat diri mahu diislah, ru'yah (pandangan) wa nasihah(nasihat) amatlah perlu. uh. tidak mustahil kita mahu terus melakukan kemungkaran. bukankah fitrah manusia itu suci? dan mahu kepada yang suci..

Segala yang Allah haramkan adalah perkara yang memudaratkan.

mahu lihat dengan lebih terang? baik. lihat zina. zina mancabuli maruah. Sudah jelas pada akhir zaman ini manusia membiarkan anak mereka yang baru lahir, yang baru hendak mengenali dunia, dibiarkan begitu sahaja di merata-rata. uh. benar, jawapannya kerana malu. Itulah hakikatnya Allah mengharamkan zina. Allah Maha mengetahui.

Oh. mungkin kamu mahu tahu lebih jelas. Kalau diri ter'makan' oleh hati seorang rijal, bagaimana ye? barangkali, mari cari 'ibrah di sini ( jikalau tidak keberatan) :)

atau mahu lihat perkara yang lebih mudah dan ringan, tapi dianggap remeh. Kita diberi 'aqal. pasti kamu dapat mengKONklusikannya sendiri.

semak solat itu sudah cukup indah.

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada keburukan dan kemungkaran"



Islah diri. ajak yang lain. agar dapat menyusuri jalan ke jannah bersama, insyallah. biiznillah.

Hamdalah. Az-zikr untuk diri yang sering lupa juga.

2 comments:

  1. Ana sentiasa terdorong untuk menjejaki tinta anti.Jzkk kerana memilih untuk menulis, jadi teruskan menulis kebaikan.

    ReplyDelete
  2. subhanallah. benar, menulis adalah suatu medan yang kita piLih. uh. masih banyak yang perlu diperbaiki. :)

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)