Pages

9.7.10

Qalbu.

Bismillah.

"ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui. dan jadikanlah daku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan."



"Manusia tidaklah digelar insan kecuali kerana kelupaannya. Hati tidaklah digelar Qalb kecuali kerana suka berdolak-dalik"


***************


ah. 'sakitnya' hati pabila sudah lama tiada pengisian.

Begitulah keadaannya sesetengah mereka di luar sana. yang sedang berdiri di tengah-tengah lautan manusia. sempit dengan kesibukan dunia. bi'ah belum pasti sempurna, apatah lagi hendak mandapatkan pengisian buat hati.

Hati itu hanya sekeping. bahkan hanya seketul daging. Tetapi, amatlah besar pengaruhnya. Umpama raja yang mempengaruhi rakyatnya. begitulah.


Rasulullah saw bersabda ;"Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati."

[ Riwayat Bukhari dan Muslim ]


Oh. bukan mahu mengatakan bahawa yang membezakan kita dengan manusia lain adalah hati. yang membezakan sudah pastinya takwa. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah..



hati yang baik pastinya dapat membezakan yang haq dan yang batil. jadi, isi dan rawat lah hati itu dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)