Pages

22.9.12

Pertemuan yang tarbawiy ~


al Hamdulillah.

'Bukankah hikayat itu banyak pengajarannya?' .21092012arabmockdebate.

Betapa jika kita rindu, segala memori itu akan terus terbayang di hadapan mata, umpama kita melaluinya semula. mahupun umpama diri berada di kondusi yang amat dirindurindukan itu!



***

Allah nak mengajar dan tarbiyah kita dengan pelbagai cara. Setiap manusia punyai berlainan kondusi daripada orang lain. Kerana dengan kondusi itu, dia akan dapat apa sepatutnya dia dapat~
Baik. analogi yang lebih mudah. Hiyaaa!

Orang-orang yang saya temui dan yang saya rapat lain dengan orang-orang yang awok temui. Jadi orang yang kita jumpa itu, tidak mustahil hanya datang sebentar dan terus meninggalkan kita. Walaupun sebentar...!? Tetap, dalam jangka masa yang sebentar bersama orang itu Allah mahu ajar sesuatu kepada kita. Secara mudahya, Allah menghantar manusia-manusia yang kita temui itu untuk mengajar kita. Pasti. Bukan suatu pertemuan yang sia-sia.

Yep. memang saya hargai dan mensyukuri segala aturan Allah. Inshaallah.

Pernah suatu ketika. Saya bertemu dengan seorang ukhti dari jb. Karakternya menarik perhatian saya. Tetapi, tidak pernah bahkan tidak sempat untuk bermu'ayashah walau sebentar kerana urusan saya dan dia dalam komitmen masing-masing sungguh padat.

Oleh sebab itu, saya hanya sempat memberi satu buku kecil dan meluahkan segala yang ingin saya luahkan kepadanya. Cuma menghulur. Tidak berkata apa-apa lalu pergi. Mukanya gembira tak terkata apatah lagi mukanya yang comel itu membuatkan saya rasa tenang. :)
Kemudian pabila tamat program, sempat lagi dia menghampiri saya dan menghulurkan saya sesuatu. Peluk erat. Air mata menahan. Serius jauh antara bangi dan jb! Pertemuan itu sungguh menusuk. Bahkan memberi impak yang besar untuk diri ini.

Ini adalah Tarbiyah. dan segala apa yang berlaku pada diri saya, semua adalah tarbiyah.

Don't depend to much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness. -Ibn Taimiya-

Allahu'alam.

2 comments:

  1. yeah...
    memang teramat-amat jauh bangi-jb
    huhu :')

    ReplyDelete
  2. ehhem.sayang.

    janganlah macam nih.haila~

    saya.rasa.macam.nak.lari.lajulaju.ke.arah.kamu.

    ReplyDelete

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)