Pages

16.10.11

Lapangkan hati ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Hamdulillah, Hamdulillah :)



Sementara masa ini terluang untuk bertinta, akan saya guna dengan sebaik-baiknya.

***

Haih, duduk di jeti dalam gambar itu. Akan saya fikir kebesaran Tuhan. Mensyukuri ni'mat yang dikurniakan Tuhan. Bahkan bukan waktu itu sahaja, bila-bila, setiap masa, setiap saat, InsyaAllah ;) Moga saya diberi kekuatan.

Bersangka baik.

Kadang-kadang saya rasa bersangka baik ialah ibu segala kebaikan dalam persaudaraan. Hilang juga segala persengketaan.

Tapi, susah hendak dilaksanakan.

Memaafkan.

Hah! Siapa saja antara kita yang mudah berlapang dada. Kadang-kadang pabila memaafkan, perit tidak lepas. Maka mudahlah syaitan membara-barakan api kemarahan.

Yang pasti, segala apa yang kita hadapi adalah tarbiyah diri. Proses untuk mendidik diri, dan bagaimana kita berhadapan. Hubungan dengan manusia akan jadi mudah, jika hubungan kita dengan Tuhan baik. Inilah konklusi segala muamalah.

Hidup dalam bermasyarakat, mudah sahaja terkena tempias yang menyakitkan.

Cuma satu, lapangkan hati!

Utuhkan hubungan kita dengan Tuhan, dan jadikanlah segala kehidupan kita itu seluruhnya ibadah :)

Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)