Pages

12.10.11

Sempit itu ujian :)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Hamdulillah!



Kini, baru saya berpeluang untuk bertinta. Peperiksaan yang lepas, saya lalui dengan hati yang sedikit pendam dengan masalah. sempit!

Satu ujian, mungkin. Allahu'alam.


***

Sering kali. Hati akan cuba berdebat, antara iman dan nafsu.

Pabila periksa,

'uish, mahu solat tahajud atau tidak. pabila solat, saya dapat berkah. Senang jawab soalan. Hati pun tenang. Bahagia sentiasa, pahala berganda!' *ehems ;) Ini pihak Iman.

Tapi?!

'Mana boleh mahu bergantung dengan solat tahajud saje. Perlu usaha. Ikut kemampuan dan .. '
* ehems ;) dan seribu satu lagi alasan. Ini pula pihak bagi nafsu.

Pelbagai lagi situasi lain, yang kadang-kadang syaitan sering struggle untuk menhasut, membisik dan sebagainya. Manusia pula kadang-kadang cuba untuk elak, tetapi hanya bagi mereka yang teguh keyakinannya kepada Tuhan.

Hah, mahu menghadapi segala ini. Hati perlu bersih :) kerana hati yang kotor susah untuk membezakan antara yang baik dan buruk. *Wahai Tuhan, bersihkanlah hatiku, lapangkanlah dadaku!

Seorang ukhti kata, cukuplah sekadar membaca al-Quran satu ayat sehari. Maksudnya, kalau malas mahu tatap, rasa bosan, rasa buang masa. al-Quran itulah sepatutnya kita dampingi, setiap masa, setiap saat. Kalau tidak mampu satu ayat pun sudah memadai.

Kerana dengan itulah cara yang paling mudah tenangkan hati, bersihkan hati :)

Allahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)