Pages

15.10.11

Tinta perjalanan.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

Lailahaillaallah, MuhammadurRasulullah.


HamduLillah, dapat novel baru~ Masa beli hari itu, ternampak nama penulis buku, 'Durrah Fatiha'. Gulp! Nanti-nanti nama saya pula yang tertera ;)

***

Seorang ukhtiy :

"...dan dari keyakinan yg dalam itulah, hati akan jadi sangaaatt lapaanngggg, lebih luas dari langit.. bila kita ingat sentiasa bahawa kita dan segala peristiwa yg terjadi di hadapan mata kita adalah dalam genggamanNya"

yeh. Sejujurnya saya rasa terpukul dengan ayatnya. Lupa, bahawa segalanya adalah dalam genggamanNya. Sehinggakan, sedar tidak sedar kita jatuh. Walhal, melalui segala yang berlaku, perkara-perkara yang kita tidak suka tetapi terpaksa berhadapan, sebenarnya Tuhan mahu mendidik.

Hati dan jiwa.

Sekali lagi, selepas peperiksaan saya sedar saya punyai tanggungjawab.

Amanah tetap amanah. Urusan kita dengan Tuhan+manusia perlu dilaksanakan. *Allahumma yassirly amriy.

Suatu masa, seorang ukhti bertanya,

nak jadi apa?

em, tak tahulah*

Hah. saya perlu cari potensi saya dahulu dengan lebih mendalam. Yang pasti, kerjaya yang akan saya pilih itu membantu dan membangunkan semua.

Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)