Innaallaha'ma'anaa ;)
Layang-layang. Pegang talinya kuat-kuat agar tak terlepas, agar tak terbang tanpa arah ;)
***
Aizat-Erti hari ini , sentiasa saja saya mainkan untuk mengisi ruang telinga ketika berblogging. Lagu itu lebih kurang fasal palestin (; mantop .
Kadang-kadang, pabila rasa seperti melakukan perkara yang sia-sia, terfikir juga.. bukan ke nanti kita ditanya apa yang kita lakukan untuk Islam semasa zaman remaja.
Apa yang kita[saya] usahakan ? :/
Pastikan segala perkara yang kita lakukan adalah perkara yang bermanfaat. Itu antara usaha mudah, antara usaha yang paling mampu, iye tak? Cuba, gerakkan hati, insyaAllah.
Sebenarnya apa yang kita cakap+sampaikan akan diuji pada diri sendiri pula. Allahummyassirliy! Yeh, cuti sekolah kali ini. Iman dan nafsu seperti mahu mengisytiharkan pertarungan. *eh, ayatt.
Sebenarnya, seluruh kehidupan adalah tarbiyah. Jika terasa kosong, maka usahakanlah untuk tarbiyah diri-bacaan islami, sirah nabawiy, Quran kareem. Cuma satu, pegang erat-erat jalan yang kita susuri ini. Agar tidak tersusur tanpa arah. Umpama tali layang-layang, yang mana jika terlepas, maka terbanglah di awangan tanpa arah (:
Allahu'alam .
salam..tak pernak comment blog anti..biar ana jg org pertama yg comment...
ReplyDeletebetul apa yg anti kata... InsyaAllah ana tak akan lepaskn tali itu.dan kita smua juga..doakan ana & shbt2!
'alaykumsalam.
ReplyDeletehehe, komenlah banyak mana pun (;
Insyaallah, tali tu kene pegang kuat2 (;
Ameen~!