Pages

13.8.12

Lazatnya! :)

Allahurabbiy.

Pergh. Penat menyengat. Kalau toleh kepala dah bunyi sendi-sendi tu. Tapi seperti kebiasaanlah, tak mahu kalau sebelum hempapkan kepala atas katil yang empuk tanpa buat apa-apa. Jadi, saya pilih ini. Mencoret untuk hari ini :)

HamduLillah.



Kadang-kadang kita selalu fikir tentang perkara yang berat dan tidak patut difikirkan pun, walhal sebenarnya banyak lagi perkara lain yang patut kita fikirkan. Tahu?

***

Memang masyuk la kalau dapat tahu apa yang akan kita hadapi pada masa yang akan datang. Serius. Dan apa yang saya lalui kini pun, tak disangka-sangka bahawa saya sedang lalui ini. Kehidupan ini. Perjalanan ini. Sekarang ini..

*Tarik nafas panjang*

Saya memang banyak diam. Tak banyak bercakap. Entah. Mungkin lebih rela melebihkan bergerak berbanding bercakap. Tapi, yup. Tak nafikan bahawa komunikasi itu penting. Hee. Dan kadang-kadang lebih sedap kalau berkomunikasi dengan bantal :P Jiwa ingin didengari. sahaja.

Segala puji bagi Allah. Terkadang dalam hidup kita rasa seperti sudah belajar banyak. Terkadang pula kita rasa tidak tahu apa-apa. Kondusi Iman.. betapa saya sedar bahawa Iman memang sangat.sangat.sangat memainkan peranan dalam hidup. Serius saya cakap. Tak bohong. Kalau Iman turun, hati resah, jiwa tak basah, emosi pelik, tindakan tak tepat. Tapi, kalau kondusi Iman naik dan rasa lazatnya cinta kepada Allah, maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Iman bermaksud percaya. Jadi, sejauh mana sahaja kita percaya dan bergantung kepada Allah pada hari itu.. hari ini, esok, semalam, minggu depan, sekejap lagi dan bila-ila sahaja.

Kita hamba.
Hamba tetap hamba.

*Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)