Pages

24.9.12

Tali temali itu!


al Hamdulillah.

Kadang-kadang hidup ini dirasakan ada satu ikatan besar yang menghalang cerah-tenang hidup di hadapan mata. Jadi, nak rungkaikan ikatan itu.. kembali kepada Allah. Nescaya lapang tak terkata! Tiada sempit yang akan dirasa ;) Inshaallah.

                                                  

                                                                               ***

Perancangan yang hebat. Strategi yang mantap. Kerja yang sistematik. Woah. Saya nak cakap fasal apa ini? ehem.

Baik. Andaikan, ada seseorang yang bernama Ali ingin mendaki gunung Everest yang tinggi memuncak itu [ umh, Allah maha Tinggi mashaAllah! ] , dengan kelengkapan yang dibeli dari kedai yang berjenama minggu lepas, baju kot tebal, helmet untuk keselamatan, tali dan pelbagai! Brahim pun dia tak lupa untuk beli.. kalau-kalau tengah jalan lapar ke..

Tetapi,

Tidak disangka-sangka, pabila pulang dari kedai alatan mendaki yang mewah lagi berjenama itu, Ali terjatuh ke dalam longkang. Sakit tidak terkata. Kaki luka besar. Besarrr.. tahu?


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

      Allah berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”  -ali Imran : 54-

Maka, tidak dapatlah beliau ingin meneruskan rancangannya untuk mendaki.

Segala yang berlaku bukan kebetulan. Tetapi, ketetapan.

Yup, mungkin kita rancang besar. hebat. besarrrr dan sangat hebat!

Tetapi, lupakah? Perancang yang lebih hebat dan lebih 'Aliyy itu datang daripada Allah Ta'ala. ;)

Dia yang menciptakan kita. Maha mengetahui lebih dari apa yang kita tahu. Dia yang memilih kita. Maha maninggikan dan merendahkan sesiapa sahaja yang Dia mahu. Jadi, terimalah seadanya apa yang berlaku! Woah. ini sungguh seronok.

Bukan nak kata bahawa biarlah kita yang hidup ini ikut sahaja ketetapan-ketetapan yang ditetapkan. Huit. Bukan. Allah yang hidupkan kita, jadi buat apa kita hidup kalau Allah dah tetapkan segala-galaNya untuk kita? 

Sebenarnya, di samping ketetapan yang Allah dah tetapkan, pilihan terletak pada diri kita sendiri. fehemtum. ;) Bergantung juga pada diri kita sendiri. Kita pilih apa? baik atau buruk? jalan itu atau jalan ini? Selamat melangkah!

Allahu'alam.



No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)