Pages

5.12.10

perkongsian.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

kita berada di atas jalan yang lurus. ya, kerana Islam itu jalan yang lurus. kerana itu, sama-sama kita beristiqamah di atas jalan yang lurus!

"Sungguh, ini adalah peringatan. Barang siapa meng-hendaki, nescaya dia mengambil jalan (yang lurus) kepada Tuhannya." [73:19]


******

yuk! sedikit perkongsian. kita ambil 'ibrah sama-sama.



Az-Zikr bersama!

24.11.10

bina strategi, mengisi hati.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

cuti sekolah sedang dilalui. tetapi menjadi hamba, tiada cuti pastinya. kerana itu, ku menulis agar medium dakwah ini terus bergerak.




untuk persiapan diri, merasai bahawa tahun depan adalah tahun bermakna juga tahun serius, usaha memenuhi masa dengan baik saya ikhtiarkan. berharap yang amat dipermudahkan segala pastinya ;)

**************

hidup ini perlu merancang 'strategi'. untuk mencapai matlamat besar, keredhaan Allah pastinya. begitu juga cuti. mungkin di madrasah kita sering kali mendengar peringatan, teguran, tazkirah, ucapan. didekatkan dengan sahabat-sahabat dalam bi'ah solehah. kerana itu, pabila cuti hati terasa kosong. inilah asbabnya perlu untuk kita bina strategi.

perkataan strategi mungkin sekali 'nampak besar' bagi kita. tidak perlu untuk kita ambil pensil, set masa aktiviti atau buku apa seterusnya, seterusnya dan seterusnya agar hati ini terisi. bagi yang pandai tepati apa yang dirancang, tidak salah untuk diteruskan. juga amat digalakkan.

tetapi ada satu jalan yang amat mudah dalam mengisi hati. mudah amat bagi sesiapa yang pernah merasai.

strategi mudah itu, cukup sekadar untuk kita sentiasa mendampingi al-Quran. kadangkala perkara yang kecil tetapi amat besar kesannya, seringkali tidak diamati.




mendampingi al-Quran. bagi yang merasai, pasti tidak menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh. kerana selagi mana kita bersama al-Quran, pertalian kita dengan Allah pasti terus utuh, utuh dan utuh.

dalam melakukan sesuatu, niat itu perlu didahulukan. jika al-Quran itu kita amati hanya kerana pahala, sedikit rugi bagi kita. bahkan, al-Quran itu diturunkan sebagai 'peta hidup'. dan sebenarnya lebih baik jika ambil dan tahu apa yang mahu disampaikan oleh Allah. kerana itu, tidak salah jika makna ayat-ayat tersebut kita amati sekali.

konklusinya, al-Quran itu strategi mudah. kerana dengan amati ayat-ayat tersebut, kita dapat merasai manisnya iman itu. apatah lagi dalam erti mengisi hati. hakikatnya, kembali kepada Allah adalah jalan terbaik.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

[13:28]

az-zikr bersama!

7.11.10

usaha terDahulu ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

imtihan sudah dilalui. sebenarnya tiada ada apa-apa yang mahu dicetuskan. hanya mencari 'ibrah sepanjang melalui segala.


'dan hanya kepada Tuhanmu, kamu bertawakal'

sejujurnya saya ambil mudah peperiksaan kali ini. keputusan 'imtihan, sudah dijangka amatlah tidak memuaskan ;)


******************

saya tersenyum, pabila melihat pensil yang menari-nari ditangan sahabat-sahabat untuk menjawab soalan. 'imtihan ini 'sunnah pelajar' rupanya. pelajar akan lalui 'imtihan. 'imtihan akan menyerang pelajar. dan begitulah seterusnya..

malah hakikatnya, kini, kita juga sedang berada di dalam ''imtihan'. 'imtihan akhirat untuk pengumpulan amal pastinya.

hakikatnya, bukan hanya di sekolah digelar 'pelajar'. kita sentiasa belajar dalam kehidupan. tetapi bergantung kepada pemilik jasad itu. mahu mangambil 'ibrah lalu memikirkan tentang apa yang dilalui, atau sebaliknya. oh. 'sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir.'

kalau dilihat, pergantungan kepada Allah itu adalah asas. pergantungan itu bermakna kamu berserah dan mengharap hanya kepada Allah. juga segala-galanya hanya kepada Allah. manusia itu lemah. jika Allah tidak memberi kekuatan atau mengizinkan untuk kita mengangkat segelas air, gelas itu pasti tidak akan terangkat.

jelas. manusia itu memerlukan pergantungan. baik. saya beri satu analogi pendek.

seekor ikan memerlukan air untuk hidup. kerana untuk hidup, dia perlu bergantung kepada air dan akan mati jika sebaliknya.

begitu juga manusia. manusia memerlukan Allah, tempat 'bergantung' dalam hidup. bahkan hidup tanpa rahmat Allah hakikatnya tiada gunanya. benar, amat perlu usaha dalam mencapai sesuatu. kerana itu, setelah usaha hanya kepada Allah kamu berserah dan mengharap.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[94:7-8]

az-zikr bersama!

18.10.10

tercetus akhirnya.

Bismillah.
sedikit coretan setelah lama di perhentian.

saya duduk di kantin. menghadap matahari. dari situ, kelihatan sebuah bangunan sekolah. bumi tarbiyah saya yang tersergam indah. sayu, kalau-kalau suatu hari, saya tinggalkan..


"wahai Tuhan, tambahkanlah bagiku ilmu yang bermanfaat. dan permudahkanlah untukku memahaminya."

*******************

sekian lama tidak mencoret. akhirnya tercetus jua. mungkin sibuk melayan masalah sendiri. lalu perkara yang sepatutnya digerakkan tidak pula begerak-gerak. tersadai di tepian jalan. ya. satu pengajaran setelah hampir sebulan tidak mencoret.

begitulah. kita sepatutnya bangkit, bergerak dan seterusnya maju ke hadapan. kerana kekuatan itu tetap ada dan pastinya daripada Tuhan. hanya kadang-kadang kita sedikit lemah. perlukan seseorang untuk menarik tangan. tidak dinafikan, itulah hamba Allah yang bergelar manusia. jadi, teruskan langkah.. kerana sudah pasti, ini adalah kehidupan ;)

imtihan akhir tahun semakin hampir. peperiksaan dunia saya anggapkan. semakin dibilang hari terasa semakin dekat. masa berlalu begitu pantas. tanggungjawab yang digalas pula terasa semakin berat. "Allah ya reheem, permudahkanlah.."

Segala yang dilalui itu, adalah jalan tarbiyyah kehidupan seorang hamba. ketentuan Allah untuk kebaikan diri pastinya ;)

4.9.10

peranan?

Bismillah.
sedikit coretan.

pabila sudah 2 hari tidak hadir ke madrasah, hanya mampu untuk cuba memahami. juga menerima..



Nabi saw bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi."

[Hadith Muslim]


******************


tidak hairan kalau saya kata setiap rumah pasti ada sebuah kotak. kotak yang memerlukan bercable-cable wayar, bahkan perlu dibayar. TV, itulah nama singkatan bagi kotak tersebut.

jika soal terpengaruh, dipengaruhi, mempengaruhi rasanya tidak perlu disentuh lagi. kerana pastinya itulah hakikat kotak tersebut kepada manusia. bahkan, kadang-kadang fikiran kita kelu membeku kerana menonton.

bukannya saya tidak suka menonton. kadang-kadang juga mahu mengambil hikmah dan 'ibrah disebalik apa yang mahu disampaikan. juga cari peranannya yang positif kerana pastinya kita dapat pertimbangkan yang benar mahupun yang salah. sama-sama, biiznillah!

kita menyalahkan barat kerana mempengaruhi fikiran orang Islam melalui televisyen. itu benar. tetapi, rasanya tidak perlu jauh-jauh. kerana orang melayu juga kadang-kadang, membuat cerita sangatlah dramatik, tetapi amatlah drastik. bukan begitu? oh. bukan mahu memperkata. tetapi kalau sudah ada yang menyalahi syariat Islam, perlulah berkata-kata.

"..Allah ya raheem, janganlah biarkan kami terus alpa dalam urusan dunia"