Pages

14.1.11

Hamdalah, saya dapat melihat.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

seorang 'Abdillah bertamu di rumah saya. lalu keadaannya mengajak untuk saya berfikir.


sepertinya saya sedang mencari sesuatu yang hilang. sesuatu yang semakin jauh, mula meninggalkan benak hati.."Allahumma Qawwiniy.."


********

kadang-kadang, orang yang sedang nikmat melihat, tidak melihat dengan mata hati. takdir, perlu dilihat dengan mata hati. pasti, segalanya perlu dilihat melalui mata hati.

Seorang 'Abdillah yang buta matanya bertamu di rumah. saya hanya memikirkan, bagaimana dia melihat langit? langit yang luas terbentang, rupa-rupanya ada yang tidak dapat menikmati. sungguh, hakikatnya Allah itu Maha Adil.

kagum. pabila tahu bahawa 'Abdillah itu rupanya sedang mengambil jurusan undang-undang. peguam cita-citanya. semestinya seorang pembela. amat tidak menjangka, bahawa dia juga berupaya melakukan apa yang manusia lain boleh buat.

saya mula memahami. orang yang mempunyai nikmat melihat, amatlah baik sekali jika dia mampu melihat melalui mata hati. sebenarnya mata hati itu sudah memadai. sedangkan,'Abdillah itu mampu meneruskan pengajian undang-undangnya sehingga kini, walaupun hakikatnya dia tidak dapat melihat sejak lahir. thummalhamdulillah ;)


"Maka tidak pernahkah mereka jalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."

[22:46]


melihat alam melalui akal, terhasil ilmu-ilmu sains, geografi, fizik dan pelbagai. tetapi, melihat alam melalui hati, kita tahu bahawa alam ini hakikatnya diciptakan. sudah pasti, kita dapat utuhkah lagi aqidah melalui itu. itulah antara pentingnya mata hati.


makaLihatFikirlaluZikirlah.

16.12.10

Matlamat tidak menghalalkan cara ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

semua perkara ada matlamatnya. bekerja, belajar, memberi.. bahkan, selama kita di bumi, juga ada matlamatnya ;)




saya kembali menatap buku. lalu keadaan itu mengajar saya supaya konsisten dalam mencari ilmu. yang bukan hanya mencari saat peperiksaan sahaja.

********

misalnya seseorang telah berkata,

"erm.. saya couple, niat saya baik. sebab saya nak tarik dia ke pangkal jalan"

ya, ini salah satu contoh situasi yang berkait dengan sebuah hakikat bahawa, 'matlamat tidak menghalalkan cara'. matlamat kita mahu membawa seseorang, berdakwah kepada seseorang. dan orang yang di bawanya itu adalah orang yang berlainan jantina. tetapi sayang, cara yang diambil amatlah tidak baik.

dia mengambil cara/jalan dengan bercouple. jika kita hanya ber'sms', makan di 'mcDonald' berdua tanpa muhrim dan sebagainya dianggap perkara enteng, tetapi segalanya itu adalah perkara yang menghampirkan kita kepada zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

[17:23]

jadi, pabila matlamat kita baik tetapi cara kita untuk menuju matlamat itu adalah salah. maka, inilah yang dimaksudkan matlamat tidak menghalalkan cara.

juga boleh diambil situasi lain.

jika seseorang melakukan kesalahan atau kekhilafan. lalu kita meng'aibkannya kerana untuk menyedarkan orang yang melakukan khilaf tersebut. tetapi, kita sudah maklum, meng'aibkan manusia lain adalah salah di sisi Islam. walaupun matlamatnya baik, iaitu mahu menyedarkan kekhilafan manusia tersebut tetapi, sudah jelas bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. dan adalah lebih baik jika kita menegurnya secara terus sahaja.

Allahu'alam.


5.12.10

perkongsian.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

kita berada di atas jalan yang lurus. ya, kerana Islam itu jalan yang lurus. kerana itu, sama-sama kita beristiqamah di atas jalan yang lurus!

"Sungguh, ini adalah peringatan. Barang siapa meng-hendaki, nescaya dia mengambil jalan (yang lurus) kepada Tuhannya." [73:19]


******

yuk! sedikit perkongsian. kita ambil 'ibrah sama-sama.



Az-Zikr bersama!

24.11.10

bina strategi, mengisi hati.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

cuti sekolah sedang dilalui. tetapi menjadi hamba, tiada cuti pastinya. kerana itu, ku menulis agar medium dakwah ini terus bergerak.




untuk persiapan diri, merasai bahawa tahun depan adalah tahun bermakna juga tahun serius, usaha memenuhi masa dengan baik saya ikhtiarkan. berharap yang amat dipermudahkan segala pastinya ;)

**************

hidup ini perlu merancang 'strategi'. untuk mencapai matlamat besar, keredhaan Allah pastinya. begitu juga cuti. mungkin di madrasah kita sering kali mendengar peringatan, teguran, tazkirah, ucapan. didekatkan dengan sahabat-sahabat dalam bi'ah solehah. kerana itu, pabila cuti hati terasa kosong. inilah asbabnya perlu untuk kita bina strategi.

perkataan strategi mungkin sekali 'nampak besar' bagi kita. tidak perlu untuk kita ambil pensil, set masa aktiviti atau buku apa seterusnya, seterusnya dan seterusnya agar hati ini terisi. bagi yang pandai tepati apa yang dirancang, tidak salah untuk diteruskan. juga amat digalakkan.

tetapi ada satu jalan yang amat mudah dalam mengisi hati. mudah amat bagi sesiapa yang pernah merasai.

strategi mudah itu, cukup sekadar untuk kita sentiasa mendampingi al-Quran. kadangkala perkara yang kecil tetapi amat besar kesannya, seringkali tidak diamati.




mendampingi al-Quran. bagi yang merasai, pasti tidak menganggap perkara ini adalah sesuatu yang remeh. kerana selagi mana kita bersama al-Quran, pertalian kita dengan Allah pasti terus utuh, utuh dan utuh.

dalam melakukan sesuatu, niat itu perlu didahulukan. jika al-Quran itu kita amati hanya kerana pahala, sedikit rugi bagi kita. bahkan, al-Quran itu diturunkan sebagai 'peta hidup'. dan sebenarnya lebih baik jika ambil dan tahu apa yang mahu disampaikan oleh Allah. kerana itu, tidak salah jika makna ayat-ayat tersebut kita amati sekali.

konklusinya, al-Quran itu strategi mudah. kerana dengan amati ayat-ayat tersebut, kita dapat merasai manisnya iman itu. apatah lagi dalam erti mengisi hati. hakikatnya, kembali kepada Allah adalah jalan terbaik.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

[13:28]

az-zikr bersama!

7.11.10

usaha terDahulu ;)

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

imtihan sudah dilalui. sebenarnya tiada ada apa-apa yang mahu dicetuskan. hanya mencari 'ibrah sepanjang melalui segala.


'dan hanya kepada Tuhanmu, kamu bertawakal'

sejujurnya saya ambil mudah peperiksaan kali ini. keputusan 'imtihan, sudah dijangka amatlah tidak memuaskan ;)


******************

saya tersenyum, pabila melihat pensil yang menari-nari ditangan sahabat-sahabat untuk menjawab soalan. 'imtihan ini 'sunnah pelajar' rupanya. pelajar akan lalui 'imtihan. 'imtihan akan menyerang pelajar. dan begitulah seterusnya..

malah hakikatnya, kini, kita juga sedang berada di dalam ''imtihan'. 'imtihan akhirat untuk pengumpulan amal pastinya.

hakikatnya, bukan hanya di sekolah digelar 'pelajar'. kita sentiasa belajar dalam kehidupan. tetapi bergantung kepada pemilik jasad itu. mahu mangambil 'ibrah lalu memikirkan tentang apa yang dilalui, atau sebaliknya. oh. 'sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir.'

kalau dilihat, pergantungan kepada Allah itu adalah asas. pergantungan itu bermakna kamu berserah dan mengharap hanya kepada Allah. juga segala-galanya hanya kepada Allah. manusia itu lemah. jika Allah tidak memberi kekuatan atau mengizinkan untuk kita mengangkat segelas air, gelas itu pasti tidak akan terangkat.

jelas. manusia itu memerlukan pergantungan. baik. saya beri satu analogi pendek.

seekor ikan memerlukan air untuk hidup. kerana untuk hidup, dia perlu bergantung kepada air dan akan mati jika sebaliknya.

begitu juga manusia. manusia memerlukan Allah, tempat 'bergantung' dalam hidup. bahkan hidup tanpa rahmat Allah hakikatnya tiada gunanya. benar, amat perlu usaha dalam mencapai sesuatu. kerana itu, setelah usaha hanya kepada Allah kamu berserah dan mengharap.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

[94:7-8]

az-zikr bersama!