Pages

11.8.12

Biarlah terus kuat :-)

Allahurabbiy.

Mashaallah. T_T
Maaf blog, tak tunaikan amanah untuk melakar..



Kadang-kadang saya tak sangka, yang saya akan lalui apa yang sedang saya lalui sekarang. Aturan Tuhan.. siapa sangka. Sudah pasti apa yang diatur itu terbaik untuk kita dan orang lain :-) ya raheem, tegarkan aku di atas jalan ini. dan segala puji bagi Allah, yang meletakkan saya dalam kalangan orang-orang yang thabat mengajak oran lain ke arahNya, yang soleh, yang mengingatkan saya kepada Tuhan, yang menguatkan dan yang membuatkan saya dengki. Dengki dalam mengejar kebaikan :P jadi, fastabiqul khairat jom!

Sekarang dalam sepuluh terakhir bulan Ramadan. Terfikir, siapa yang boleh jamin bahawa masa-masa dalam bulan Ramadan ini diisi dengan baik-sebaik-baiknya. Maaf masa, maaf jam, maaf peluang.. atas pembaziran-pembaziran yang sebenarnya merosakkan diri saya.. ~

Dalam hidup, perlu ada prinsip. Saya pun ada :) Jadi seperti matahari dan berlari hingga hujung dunia! Dan pastinya ayat-ayat chenta dalam Quran. Siapa yang menghayati akan mengerti. Amen.

Dan dalam setiap perkara, saya hanya perlukan sokongan/support. Memang semua perlu. Supaya saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Terima kasih kepada mereka yang pernah memberi dan akan terus memberi. Bahkan, Rasulullah saw sendiri punyai ramai para sahabat yang membantu untuk meluaskan dan menyebarkan Deen yang kita imani sehingga hari ini. Segala puji bagi Allah.

Dan saya akan terus melangkah.. (^_^)
Berlari hinga hujung dunia! inshaallah2.

*Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Dengan nama Allah, ar Rahman ar Raheem ;)