Pages

7.1.12

Bangun dan sinarkan..~

Allahurabbiy.
Saya.. ragu-ragu.



Baru tiga hari sekolah. Banyak sahaja tragedi yang berlaku dalam dunia saya.
Haa. Durrah, duduk dalam realiti, bukan fantasi mahupun mimpi ..~ Allahuakbar.

***

Jangan fikir hati itu tiada Iman, selagi arahan dan larangan Tuhan itu kita pegang. Solat dan Quran itu biarkan sentiasa berkualiti. ya Tuhan, tunjukkan aku jalan..

Seorang junior berkata pada saya, 'Sekolah boleh laa, tapii, rasa lain. rasa keseorangan.'

Kalau kita yakin Tuhan itu wujud. Kita akan rasa berdua ^___^ Lapang dan tenang, Insyaallah. Yakin itu perlu.

Dan Tuhan akan beri orang yang kita perlu. Bukan orang yang kita mahu.

Setiap apa yang ada di tangan dan suasana, perlu syukur. [Durrah, take note, please ! ngee.] kita tidak tahu. Mungkin itu perkara terbaik dan patut kita hargai sebelum ditarik semula nikmat tersebut.

Bekalan kekuatan untuk terus berlari. 'Gain faith' .Berlari hingga hujung dunia ! Sampaikan sinar mentari, biarpun sikit yang terkesan dihati :)

Allahu'alam.

28.12.11

Try.

Allahurabbiy.
6.05 pm.


Haa. My mother took a look on my usratiy's blog just now :) and she said,

'Huh, melayu je, mana nak improve inggeris kalau asyik tulis dalam melayu..' *My mother was an english teacher.*

Heee. and I was like, woa. okay. I'll try. [Kalau grammar, saya aci redah yeh :P ] Hope so by this small effort, my english will improve. Insyaallah.

Try.Try.Try.
Allahummayassirliy.

20.12.11

Angin (;

Allahurabbiy .



Emm, pertama-tama sekali, saya tidak tahu kenapa saya pilih gambar atas tu.. Huaa. 'wind turbine' nama mendalah tu. Angin itu, sungguh ni'mat. Kalau orang tanya, apa saja yang Tuhan beri pada kita . Angin (;

Angin/udara yang beri ruang untuk kita bernafas. atau lebih baik lagi, hidup :) Hamdalah.

Subhanallahi-wabihamdih.

Terengganu.

Seperti biasa. Pantai tempat yang paling ni'mat saya kunjung. Jalan-jalan tepi pantai, kejar air. Sekali seluar sendiri basah habis. Angin kuat meniup. Haa. Musim tengkujuh, mana tak kuat (;

Subhanallahi-wabihamdih.

bintuHasan, saya pun merasai jalan-jalan tepi pantai seperti yang tertulis di blog kamu ! Tapi tak lah sampai menangis sebab baca novel islamik :P

Subanallahi-wabihamdih.

Masih di Terengganu. Kalau orang lain sudah 19 tahun di bumi. Saya 15 tahun (; ya Tuhan, berilah peluang untukku dan semua untuk memanfaatkan hidup ..

Amen .

9.12.11

Berlari (;

Bismillah ar Rahman ar Raheem.
9.30 pagi .



'Biarkan saja, takdir semua nyata, Bersyukurlah masih lagi bernyawa.'-ku berlari

Sekian lama tidak menulis. Cuti saya banyak membaca. Membaca novel islamik :) Kadang-kadang waktu renggang tu, terfikir juga, tahun depan bagaimana saya ? Moga thabat di atas jalan ini.

Para naqibat banyak buat program tuk adik-adik junior waktu cuti. Haa. Rasa bersalah pula saya banyak tak terlibat sama kerana ada perkara-perkara yang perlu saya lakukan di tempat lain. Moga kerja-kerja mereka diredai Tuhan.

Saya akan melangkah ke tahun hadapan!

Siapa tahu, mungkin hidup kita pada tahun ini kita banyak bazirkan dengan sia-sia. Kalau tidak pun, antara kerja-kerja yang kita lakukan, kerja yang mana sahaja yang diterima oleh Tuhan.

Subhanallahhi-wabihamdih (;

Saya akan berlari sampai hujung dunia, cuba tuk jadi yang terbaik, Insyaallah.

15.11.11

Cebisan dari email (;

Bismillah ar Rahman ar Raheem.


Hujan lagi .




Email yang saya dapat fasal - 'Hubungan Kita Dengan Allah.'


***


Assalamu’alaikum warahmatullahi waborokatuh.


Apa khabar anda?


Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.


Sesungguhnya saya memuji Allah SWT atas peluang dan ruang yang masih Dia berikan kepada kita, peluang kehidupan yang diteruskan tanda bahawa Allah SWT masih cinta. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita satu persoalan:


“Kalau mati semalam bagaimana?”


Ya. Apakah jawapan kepada soalan itu?


Apakah jawapan?


Hanya diri kita sendiri tahu untuk diri kita. Kerana kita tahu apa yang kita telah lakukan.


Dan saya yakin, syurga bukanlah jawapan. Kerana kita hambaNya yang alpa, lalai, dan banyak dosa. Maka jika syurgaNya bukan jawapan kepada persoalan tadi, nyata tindakan Allah SWT menghidupkan kita pada hari ini adalah tanda Dia masih cinta.


Rasa berdosa di dalam jiwa, itu juga tanda Dia masih cinta.


Maka muncul satu lagi persoalan.


Bagaimana pula kita dalam membalas kasih dan cintaNya ini?


Ya.


Mari kita duduk renung sejenak pada hari baru yang Allah SWT berikan kepada kita. Hari ini. Ya. Saat anda sedang membaca email ini, dan saya yang sedang menulis ini mengajak diri saya, mari kita muhasabah. Hari ini dengan apakah hendak kita isi?


Setelah Allah bangunkan kita, setelah Allah beri lagi peluang kepada kita, maka hari ini apa yang hendak kita lakukan?


Bukankah teramat kurang ajar jika hari baru ini sekadar kita isi dengan dosa-dosa semalam, pengulangan keingkaran lalu, dan terus-terusan berkeras untuk tidak tunduk kepadaNya?


Mengapakah kita tidak mula merancang, bergerak untuk berubah, walaupun sedikit, bermula hari ini?


Ya. Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.


Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.


Dialah yang menghitung amalan kita.


Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.


Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?


Bagaimana solat kita?


Bagaimana Al-Quran kita?


Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?


Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?


Email ini memberikan peringatan ini. Sementara kita masih ada nyawa, dan matahari belum terbit dari barat. Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat.


Semoga kita terus menjadi yang lebih baik hari demi hari.


Menjadi hamba Ilahi Yang Sejati!


***


#Ini adalah cebisan dari email yang saya dapat. Penulis sebenar adalah Hilal Asyraf. Lihat isi yang hendak disampaikan, bukan orang yang menyampaikan.


Allahu'alam.