Pages

31.5.10

Ini nyata.

Bismillah.

Pasti, hidup dan mati itu adalah benar.




Merentas dunia yang masihasing. Hidup ini, hanya perlu bergantung kepada ALLAH. Dia yang menciptaku untuk mengabdikan diri dan mengenali penciptaku. Itu tujuan utama hidupku dan kamu.


******


“Let's start question in ourselves...”

Hakikat, kamu berada di atas bumi yang nyata. bukan khayalan semata. kamu di bumi hanya sementara. tujuan hidup kamu bukan juga permainan semata. kamu hanya seorang HAMBA. oleh itu, bangunlah kamu wahai siapa yang leka [ adalah termasuk saya ].

"...ALLAH maha kuasa.
akan tetapi,
kamu hanyalah seorang HAMBA."

Tidak perlu kita cenderung kepada hiburan dunia. bukankah ia akan lenyap? lebih enak jika kamu dapat menelaah alam ini. alam yang sementara buat kamu. menghidupkan rasa agung pada sang pencipta. dapat juga kamu fikirkan siapa sebenarnya diri ini.

manusia, cara hidupnya hanya satu, iaitu Islam. Apabila melakukan sesuatu hendaklah disusuri dengan keredaan-NYA, kerana ALLAH tujuan utama kita.

jikalau difikirkan tentang d.u.n.i.a, memang seronok. kerana dunia itu 'bermacam-macam'. tetapi tahukah..bahawa segala yang ada di dunia hanya khayalan+pinjaman. sudah pasti akan lenyap. lenyap apa yang selama ini dikejar-kejarkan.


' Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah ( yang dipikul )dan janjinya,dan orang-orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,( yakni ) yang akan mewarisi syurga firdaus. mereka kekal di dalamnya.'

[ al-mu'minun : 8-11 ]


unia ini memang suatu yang nyata. tempat yang nyata untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya. bukannya permainan hidup mahupun cuba-cuba. tetapi inilah yang nyata.

Allahu'alam.


27.5.10

Kerana aqidah kita sama.

Bismillah ar Rahman ar Raheem.

kerana merasai manisnya ukhwah itu, dan kerana hubb lillah.. saya berasa terpanggil untuk mencoret.



Tanggapan kita mungkin, ukhwah itu hanyalah satu jalinan mesra antara kita dan manusia lain. Tetapi realitinya, ia adalah suatu jalinan yang berlandaskan kefahaman antara satu sama lain yang terbina melalui keimanan lalu, dengan izinNya dapatlah kita merasai nikmat manisnya ukhwah itu, dan sungguh, Tuhan itu maha menghendaki..

"Saouls are like conscripted soldiers;
those whom recognize, they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with."

(Bukhari & Muslim)

kawan ataupun sahabat.. benar, amat besar pengaruhnya dalam kehidupan kita. Ikatan yang amat akrab tidak dinafikankan lagi jika, kita dapat berterus terang menyatakan perasaan kasih kita terhadapnya.


Kawan punyai berbagai-bagai ragam..kerana mereka manusia [adalah termasuk saya].

Tetapi yang lebih baik adalah kawan yang membawa dan mengingatkan kita kepada Tuhan. Kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk dirinya. Tidak dilupakan juga, peringkat ukhwah yang paling rendah adalah bersangka baik dan peringkat yang paling tinggi adalah itsar

Ukhwah juga perlu berlandaskan iman dan takwa, juga niat kerana Allah. Adanya ukhwah, wujudnya perpaduan itu. wujudnya perpaduan, wujud pula kekuatan.

"tiada beriman seseorang kamu,
sehinggalah dia mencintai saudaranya sama seperti
dia mencintai dirinya sendiri."

Maka manfaatkan apa yang ada disisi kita.

Allahu'alam.

15.5.10

Saya seorang murid.

Bismillah.

Kerana ada sedikit kesempatan, hanyalah sedikit coretan ;)

saya menjenguk ke luar tingkap untuk mendapatkan permandangan hijau setelah lamaNYA menghadap buku.Tambahan pula keadaan di atas meja belajar yang bertimbun-timpun bukunya. Inilah keadaannya apabila AKAN menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Perasaan 'confusing'+'guilty' saya hadapi apabila memikirkan buku apa pula yang ingin dibaca selepas ini.



Setiap perkataan saya telaah satu persatu, dengan tabahnya+kesungguhan. Setelah halaman ini, halaman baru pula dibuka. walau pun kadang-kadang ada penghalangNYA, namun tetap utuh untuk terus dan terus membaca.

Dalam kesugguhan yang dihadapi ini. Timbul pula rasa serba salah;

'Dalam menghadapi peperiksaan dunia ini, dahsyatnya aku dalam membuat persediaan. Namun, dalam menghadapi peperiksaan akhirat . . .'

" Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.."

[Al-Nahl : 96 ]


**********

'eXaM' tidak lama lagi. Walaupun hanya penggal pertama, perasaan berdebar-debar dihadapi sepanjang menunggu peperiksaan melanda.

'..Ya Allah, aku perlukan bantuan-Mu'

ya, manusia ADAlah orang yang memerlukan orang lain untuk hidup. Kerana itu manusia perlukan Allah. Manusia diciptakan oleh Allah, kerana itu juga kepada Allah kita kembali, tidak kira kembali dari segi hati mahupun jasad.

"Allah adalah tuhan yang bergantung kepada-NYA segala sesuatu"

[Al-Ikhlas : 2 ]


'berdiri' sebagai seorang pelajar+murid pula adalah sebuah tanggungjawab dan, seharusnya dimanfaatkan ;)

Allahu'alam.


19.4.10

Play.

Bismillah.

Play!
sudah pasti kita teringat pada video yang belum dimainkan lagi. atau...
aksi yang menyeronokkan & menyentuh jiwa untuk bersuka ria.

saya tidak mahu bicara tentang masyarakat 'terkini', kerana belum pasti mereka yang di luar itu akan membaca mahupun berfikir.

Hakikat, kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita aksikan. Ya, kita sedang beraksi di atas muka bumi ini. Bahkan, Allah sedang melihat kita beraksi.

.Beramal. kita beraksi untuknya. Sehinggalah...

"Dan Allah
sekali-kali tidak akan
menagguhkan (kematian) seseorang
apabila datang waktu kematiannya.
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[ Al-Munaafikun : 11]

Kita berdiri di atas bumi menjadi hamba+khalifah. mungkin sudah banyak diperdengarkan. tetapi, adakah kita kini sedang beraksi sebagai hamba...kadang2 ini yang saya fikirkan. berfikir ketika belajar, ketika bersama teman, ketika membaca, ketika...berDiam-mestilah diam itu FIKIR..

Benar. diri ini perlukan aqidah yang salim/sejahtera.Kerana adanya itu sempurnalah semua aspek dalam kehidupan. Tidak lupa juga kepada hati. seketul daging yang amat mempengaruhi diri. Malah, menjadi 'main things' sempurnanya diri itu.

mAkA 'play'kan+ aksikan diri
dimuka bumi
sambil berfikir
apa yang sedang kamu aksikan
dan
kenapa

24.12.09

Iman, kamu cuti hari ini?

Bismillah.

Iman:Assalamualaikum.

Diri :Wa'alaikummussalam.Oh, Encik Iman!Saya rasa dah dua tiga minggu
kamu tidak datang ke pejabat.Kamu cuti ke?

Iman:Apa pula saya cuti bos.Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye, lupa.Itu la,Saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan
keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi
jadi kelam kabut lak.Lepas terdengar Ustaz kat tv berceramah saya
teringatkan kamu.

Iman:Jadi saya boleh kembali bekerjalah bos?Saya boleh ambil balik jawatan saya
dari En.Nafsu?

Diri :Eh, tak boleh,Saya sayang hendak pecat En.Nafsu.Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi, tetapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman:Kalau macam tu lebih baik saya berundur.

Diri :Eh. jangan!Tolonglah saya. Saya tidak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman:Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat.Perbezaan
antara kami amat besar.En.Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri :saya rasa serba salah la pula.

Iman:Bos boleh pilih satu je.Bos perlu mujahadah untuk pecat en.Nafsu, bos.

Diri :Saya tahu, jauh dalam hati saya, saya memeng perlukan kamu En.Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah.Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu.Baiklah, saya kena pecat juga En.Nafsu,tak kiralah apa yang akan berlaku.En.Iman, saya mahu kamutubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al- Quran dan apa2 yang patut.

Iman:Alhamdulillah, nampaknya bos membuat keputusan yg bijak.Kalau bos teruskan prestasi yg cemerlang ini,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat
oleh CEO (Allah SWT) sebagai muttaqin.

Kitalah Bos kpd diri kita sendiri. Kita juga yang memilih jalan untuk kehidupan kita. Allah sudah sediakan, cuma kita yang pilih yg mana baik dan yg mana buruk ;)